Monday, November 24, 2008

Award dari Lawa.....


Award dari Lawa yang kreatif tu......hehe...terima kasih kerana bagi kat kakwan ni....nanti kakwan nak jahit manik kat tudung munawarah nak pakai krismas ni...hehe..

Saturday, November 22, 2008

Friday, November 21, 2008

Tomi

Taman Kehidupan


Taman permainan masa zaman kanak-kanak, memang seronok, sungai tempat aku berkubang bersama kawan-kawan dari pagi sampai petang..........kini nampak suram, itulah tempat aku bermula...tapi akhirku masih samar-samar...suram....erm...jangan aku berakhir kat tempat tu dah le....hehe....tapi bunga di atas ni cukup menceriakan.....penambah warna dalam hidup...jadilah hehe....hahahhaha

















Wednesday, November 19, 2008

Hujan Dah Mari......









Sambil tengok ujan..............teringat pulak...kalau banjir kat PJ ni kan best??...boleh berenang..hehe

Monday, November 3, 2008

Semoga Semuanya Berakhir Dengan Baik..



Syukur Alhamdulillah kerana penganalisis politik, Abdul Razak Abdullah Baginda telah dibebaskan dari tuduhan membunuh. Dari dulu lagi memang saya percaya bahawa beliau tidak bersalah dalam pertuduhan membunuh. Kegembiraan dapat dilihat dari wajah anak isteri serta keluarga beliau sebaik keputusan diberi, tetapi ura ura beliau akan disabitkan semula dalam kes Altantuya Shaariibuu jika pihak pendakwa mengemukakan rayuan terhadap pembebasannya amat mengecewakan. Beliau kemungkinan akan ditahan semula atau dibebaskan dengan jaminan. Saya berdoa agar semuanya berakhir dengan baik dan beliau yang saya pasti tidak terlibat dalam kes pembunuhan itu terselamat dari semua pertuduhan, semoga beliau tabah. Apakah Mahkamah Malaysia ni dah jadi trend...dah bebas kemudian tangkap semula? Apakah semua keputusan Mahkamah tak boleh pakai?







Sedih membaca kisah pergolakan rumah tangga Norman Hakim dan Abby Abadi. Sedih juga kerana ia ada kena mengena dengan pelakon baru Memey. Sepatutnya dia sedia maklum dengan perbuatannya yang mengundang masalah. Dah jatuh cinta pun bukanlah itu cara penyelesaiannya. Walaubagaimanapun harap Abby bersabar dan tidak membuat keputusan terburu yang mengundang duka dikemudian hari, anak-anak dan keluarga adalah lebih penting dari segalanya, mungkin hari ini Abby berduka tapi ada hikmah disebaliknya. Semoga semuanya berakhir dengan kebaikan.








Nampaknya hari perkahwinan Mawi dan Ekin dah semakin hampir. Sudah pastilah sebagai orang yang akan membuat kenduri besar mereka sibuk. Tapi bila terbaca dalam akhbar orang mengutuk pasangan ni beria-ia rasa tak patut pulak. Sebelumni bila mana mereka menyembunyikan status persahabatan pun orang kutuk. Sekarangni dalam meniti hari hari yang kian hampir biarlah mereka membuat apa yang semua pasangan yang akan mendirikan rumah tangga buat. Merekapun tak buat perkara tak senonoh didepan sesiapapun. Biarlah mereka bahagia, bagi can lah kata orang dulu dulu. Saya doakan agar Mawi dan Ekin bahagia hingga ke anak cucu. Selamat Menempuh Gerbang Perkahwinan Mawi dan Ekin.














Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...