Sunday, September 9, 2007

Ramadhan Al-Mubarak

Salam Ramadan untuk semua. Setahun telah berlalu, kini Ramadan kembali menjelma...bulan yang ditunggu oleh semua umat Islam untuk memperolehi ganjaran-ganjaran di bulan yang mulia ini. Marilah kita bersama-sama berdoa agar kita semua dapat melaksanakan ibadah puasa ini dengan sempurna dan kusyuk.
Semuga kita semua diberkati dan di muliakan dan diampun segala dosa.
Amin..Amin..Amin.






Thursday, September 6, 2007

* Sambal Tumis Ikan Bilis Arsaili *

Saya sediakan recipe sambal tumis ni sebab Arsaili dari Australia nak try masak...boleh cuba.. tak sedap jangan marah arr...

Bahan-bahannya :-

1/2 Kg ikan bilis dibuang perutnya (yg dah ready tu keras)
2 Biji bawang besar
3 Ulas bawang putih
15 Tangkai cili kering (dibuang biji)
1 Tangkai serai (diketuk untuk ditaruk dlm bahan tumisan)
(sekelumit halia...sebesar ujung jari)
(sedikit asam jawa - sejemput)
(sedikit garam - setengah sudu kecil)
(sedikit gula - 2 sudu)
dan sedikit belacan - jika suka (tanpa pun takpe)

Kesemua bahan di atas kecuali garam, asam jawa dan gula dikisar...blend dgn sedikit air saja
(Ikan bilis jgn kisar arr...basuh dan keringkan kemudian di goreng dan diletakkan disebelah)


Caranya :-

Masukkan 1/2 cawan minyak ke dalam kuali - panaskan, kemudian masukkan bahan kisar, tumis sampai naik minyak.. asam jawa dicampur air 1/2 cawan dan masukkan ke dalam tumisan kemudian masukkan serai yg telah diketuk...biar sampai mendidih...gula dan garam secukup rasa kemudian masukkan ikan bilis dan gaul hingga kering...minyak yang berlebihan hendaklah dibuang...ketepikan ikan bilis ditepi kuali untuk mengasingkan minyak yg berlebihan tadi.

Taara....sambal tumis ikan bilis dah siap boleh dimakan dgn roti atau nasik...(kalau tak sedap bukan yanglerni yg masak - Arsaili yang masak hehe)

Monday, August 27, 2007

Tanggal 31 bulan 8...57




Tanggal 31 Bulan 8....57

MERDEKA MERDEKA Tetaplah MERDEKA

Ia Pasti Menjadi Sejarah

Tanggal 31 Bulan 8....57

Hari Yang Mulia Hari Bahagia

Sambut Dengan Jiwa Yang MERDEKA

Mari Kita Seluruh Warga Negara

Ramai-Ramai Menyambut Hari MERDEKA

MERDEKA

3 Satu Bulan 8....57

Hari Mulia Negara Ku MERDEKA




Friday, August 24, 2007

Bendera Malaysia....dah 50 tawun dah....



So hari Jumaat ni bersamaan 31hb. Ogos, 2007 kita akan menyambut kemerdekaan yang ke 50 kali.....best la hari ni....hari NEGARA KITA bebas dari penjajah...hari KITA SEMUA..bebas dari telunjuk orang orang yang ade ati nak menjajah kita....hari dimana orang Kedah said..."hangpa jangan duk mai lagi kat negara aku ni aihhh" depa kata bukan aku no....pas tu orang Kelantan plak said..."nate beruk...pi kelik kat negaro mu tuh...jangei nok mari sini doh...tok reti baso"...hehe...gare sungguh orang kelantan nih....then orang Negeri sembilan said..."(lupa plak ape dorang kata)...nak dengar ape orang perak said? ha ni dia "tak gemo teman nak komen2 ni.." itu lah beberapa jawapan yang saya dapat sewaktu menginterview beberape pakcik2 dari beberapa negeri mengenai penjajah masa silam..........tak caya?....tanyalah dorang..hehe




Jadik mari lah kita semua menghormati bendera kita ni.............walaupun bentuk rupanya banyak menyerupai penjajah....tapi itu semua pandangan orang tua2 kita dulu....vision dorang takat tu je....buat masa tu.........dan dorang pun tak tau ape akan jadik pada negara ni selapas tu... bila Tengku Abdul Rahman mempelawa warga2 asing yang ade masa tu kat TANAH MELAYU ni menjadi warganegara kita........dan membentuk negara MALAYSIA....dan melihat sebahagian dari negara TANAH MELAYU jatuh ketangan bukan orang melayu...hemmm (yang dikesali seumur hidup)....itu cerita 50 tawun dulu....sikalang sudah lain.....cakap melayu pun ini macam la...kalau jalan2 bole tengok itu kuil sana sini laa...kat bas stop bawah pokok atas pokok..atas tanah orang ka tanah kerajaan ke...asal nampak pokok je jadi kuil.. hehhe...bole ka?

So sekali lagi sayangi la NEGARA KITA ini....NEGARA KITA..bukan negara orang....kita bagi orang lain duk sama sebab orang kita memang baik....dia nak jadi kaya ke ape ke semua kita tak kata apa....sebab kita sayang semua orang....hehe....YA MALAYSIA NEGARA KU....TANAH TUMPAH DARAH KU... so kalao tak sayang boleh blahhhh. hehehe



sempena hari kemerdekaan ni

sama-sama lah kita menyambut hari MERDEKA

MERDEKA!

MERDEKA!!

MERDEKA!!!

NEGARA KU MALAYSIA









Wednesday, August 15, 2007

Mari Mengundi.....tak lama lagi no..

Ade ke patut kita rakyat Malaysia yang dah 50 tahun MERDEKA (kira negara modern la..membangun kalo tak maju pun...hehe tak maju ke?) disuruh pakai dakwat kat kuku nak tanda yang kita sudah mengundi, dan yg dakwat tu plak sebulan baru ilang...mak oiii....gile pe nii... suruh seluruh warga Malaysia yg boleh mengundi lepas mengundi kena calit sikit.


Tak percaya kat rakyat sendiri....ape guna ade pengawal kat pusat mengundi tu....rasa cam balik ke zaman batu plak....


Boleh bayangkan rupe rakyat Malaysia selepas pilihanraya...... kuku semua itam je...

Tak terfikir ke oleh kerajaan kalau orang yang nak mengundi sangat tu dianiaya?...semua kuku orang orang tu dgn sengaja dicalit ngan ink itam tu? dicalit dengan paksa sebelum mengundi ape macam?............boleh bayang kan sape menang?.....pembangkang la...bab calit palit ni expert...hehehe....depa manyak ink la

And artist2 tu....terpaksa la...berehat dari berlakun sebulan nak bagi ilang ink..


SAYA ANAK MALAYSIA............

MERDEKA!
MERDEKA!!
MERDEKA!!!

Saturday, August 4, 2007

Tabah

Tadi masa membaca kisah Zulrushdi yang ditulis Kassim Selamat, membuatkan aku mencari blognya untuk mengikuti ceritanya dengan lebih detail. Betullah seperti yang diceritakan Kassim Selamat.. amat meruntum jiwa.



Apa yang mengharukan adalah semangatnya yang tidak pernah luntur untuk menemui penawar kepada penyakitnya hingga ke akhir hayatnya, juga kasih sayang yang diterima dari keluarga dan teman-teman yang menceriakan kehidupannya yang singkat. Raut wajahnya tidak sedikit pun menunjukkan penderitaan yang ditanggung. Sesungguhnya Allah mengujinya dan dia menerimanya dengan tabah.


Bayangkan ketabahan beliau yang menghitung hari-hari akhirnya. Beliau sempat bertaubat dan beramal dan juga sempat berumrah yang dilakukan oleh teman setianya.


Dari Allah kita kemari dan kepada Allah juga kita kembali. Al-fatihah buat saudara Zulrushdi yang kukenali hari ini semuga Allah menempatkan beliau ditempat yang mulia disisiNya dan ditempatkan ke Al-Jannah yang kekal abadi....Amin.


Sedihnya....taksedar air mata mengalir.

Thursday, August 2, 2007

Kesian Anak Kucing

sian anak kucing mati sekor...da.. tinggal dua
Erm...Hari ni seperti biasa balik kerja duduk termenung sekejap depan TV lepas tu baru teringat nak masak nasik untuk makan malam. Air kat rumah aku ni memang ada masalah sikit meleleh jer so aku tadah la air dalam baldi kat luar dapur, masa aku nak ambil air tu terkejut besar aku...alahai anak kucing aku dah tersadai kat dalam tu, isk macam mana la dia boleh panjat masuk. Kesian dia....comel sangat...



Terpaksa aku mengambil alih sekejap tugas penggali kubur....eiii...seram. Setiap yang bernyawa kalau mati mestilah ditanam so nak tak nak terbongkok bongkok la aku malam hari menggali lubang untuk disemadikan jasad anak kucing kesayangan ku itu, kalau orang tengok ingat aku buat ape plak memelam hari duk korek lubang.



Sebenarnya ada 8 anak kucing kat rumah aku sekarang ni....penternak jaya aku ni, empat ekor ibu kucing tu semua aku sayang sebab bela dari kecil...anak anak dia semua berbaka bulu panjang campur siam...semua aku antar kampung sebab arwah mak aku suka kat kucing lawa-lawa ni. Tapi yang lapan ekor ni semua baka tempatan...siapa pun tak nak...aku lah yang akan membelanya dengan penuh kasih sayang...hehe...aku suka kucing so tak boleh banyak cakap.



Tapikan.. orang yang bela kucing ni dapat pahala tau.........murah rezeki... so sesiapa yang berminat nak kucing boleh la bagi tau kat saya ya...saya kasi free je hehehe.

ini anak kucing yang dah besar sikit...tak suke ambil gambar..sombong lagi








Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...