Saturday, September 15, 2007

Selamat Hari Raya....hehe

Rasa tak sabar nak dengar lagu raya...kalau kat radio tu jgn haraplah, kalau tak lagi dua tiga hari nak raya, jangan harap.


Jadi meh kita dengar lagu raya ikut suka kita...bagi radio jeles..hehe


Selamat Hari Raya..maaf zahir batin.

Friday, September 14, 2007

Cooking


glitter-graphics.com

Meh masak...

Bermulanya Bulan Puasa...

Hari pertama berpuasa maka bermulalah pasar ramadan di sana-sini. Dengan kerajaan mengumumkan kenaikan gaji menyaksikan kenaikan harga barangan berlipat ganda dari apa yang diperolehi. Harga barangan naik melambung tinggi. Pertama kali ke pasar ramadan membuat aku berasa sunggung terkejut dengan harga jualan yang berbeza dari tahun sebelum. Kalau dulu harga bagi kueh popia ialah 80 sen, kini RM1.00. Walaubagaimanapun agak pelik kerana orang tetap membeli, barisan tetap panjang menunggu tukang buat popia membungkus dengan muka manis. Mungkin ini semua ganjaran bagi peniaga.


So mungkin hari ini sahajalah bagi ku untuk membeli juadah berbuka puasa, esok adalah hari memasak sedunia bagi ku.


Hai peniaga! janganlah menaikkan harga sesuka hati....sebab aku tak mampu nak membayar...gaji aku ciputje...hehe.


Salam.

Thursday, September 13, 2007

Wednesday, September 12, 2007

Redho....

Ya Allah ya tuhanku kenapa aku selalu lupa diri.....

Penghinaan dan cacian adalah makanan harian ku...
tidak akan ada perbezaan untuk ku....

Tapi setiap yg berlaku adalah diatas perbuatan ku sendiri.

Sunday, September 9, 2007

Ramadhan Al-Mubarak

Salam Ramadan untuk semua. Setahun telah berlalu, kini Ramadan kembali menjelma...bulan yang ditunggu oleh semua umat Islam untuk memperolehi ganjaran-ganjaran di bulan yang mulia ini. Marilah kita bersama-sama berdoa agar kita semua dapat melaksanakan ibadah puasa ini dengan sempurna dan kusyuk.
Semuga kita semua diberkati dan di muliakan dan diampun segala dosa.
Amin..Amin..Amin.






Thursday, September 6, 2007

* Sambal Tumis Ikan Bilis Arsaili *

Saya sediakan recipe sambal tumis ni sebab Arsaili dari Australia nak try masak...boleh cuba.. tak sedap jangan marah arr...

Bahan-bahannya :-

1/2 Kg ikan bilis dibuang perutnya (yg dah ready tu keras)
2 Biji bawang besar
3 Ulas bawang putih
15 Tangkai cili kering (dibuang biji)
1 Tangkai serai (diketuk untuk ditaruk dlm bahan tumisan)
(sekelumit halia...sebesar ujung jari)
(sedikit asam jawa - sejemput)
(sedikit garam - setengah sudu kecil)
(sedikit gula - 2 sudu)
dan sedikit belacan - jika suka (tanpa pun takpe)

Kesemua bahan di atas kecuali garam, asam jawa dan gula dikisar...blend dgn sedikit air saja
(Ikan bilis jgn kisar arr...basuh dan keringkan kemudian di goreng dan diletakkan disebelah)


Caranya :-

Masukkan 1/2 cawan minyak ke dalam kuali - panaskan, kemudian masukkan bahan kisar, tumis sampai naik minyak.. asam jawa dicampur air 1/2 cawan dan masukkan ke dalam tumisan kemudian masukkan serai yg telah diketuk...biar sampai mendidih...gula dan garam secukup rasa kemudian masukkan ikan bilis dan gaul hingga kering...minyak yang berlebihan hendaklah dibuang...ketepikan ikan bilis ditepi kuali untuk mengasingkan minyak yg berlebihan tadi.

Taara....sambal tumis ikan bilis dah siap boleh dimakan dgn roti atau nasik...(kalau tak sedap bukan yanglerni yg masak - Arsaili yang masak hehe)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...