Saturday, October 27, 2007

Adik ku Hisham yang amat ku sayangi..





Hisham...bersabar dalam menempuh dugaan hidup, setiap dari kita diberi dugaan yang berbeza...tidak ada satu manusiapun terlepas dari dugaan Allah. Bertawakkallah kepada Nya...semoga kita diberkati.


Dan tidak sedetikpun kakak lupa mendoakan akan kesihatan mu dik. Hanya kesejahteraan untuk mu dik.


Amin.













Friday, October 26, 2007

Sana Makan - Sini Makan




Rasanya untuk seminggu dua ni sampai habis Syawal.... semua orang duk makan free sebab rumah terbuka sana-sini, termasuklah di pejabat-pejabat kerana meraikan pekerja dengan jamuan hari raya termasuklah di pejabat tempat kerjaku. Bermula dari jam 5.oo petang hinggalah ke jam 10.00 malam, makan and makan and makan berterusan hinggalah perut kembung kalau boleh la...hehhe
Alhamdulillah....







Gelang Magnet

Tangan ni dah beransur pulih dari kekejangan melampau setelah mendapat gelang magnet sakti ni... dipaksa oleh tokei gelang ni supaya dia dapat untung...hehe




Rasa macam tak percaya kan? Tapi gelang magnet ni memang telah berjaya menghilangkan kekejangan ditangan kiri ku...kini tangan yang kusangkakan telah rosak terus dah boleh pakai balik..so bebaloi la keluar RM195.00 itu hari. 


Tapi jangan marah...baru-baru ni bila aku tanya tokei tu..(ingat nak beli lagi satu la - sebab best sangat rasanya) dia cakap harga dah naik...sekarang harga dah jadi RM260.00 fulamak!! cepatnya naik... so aku cakap, sorry la...tunggu lagi 6 tahun baru aku beli la...sebab dia cakap boleh tahan sampai 6 tahun...hehe
asik nak untung lebih je.





dah beransur pulih...terima kasih banyak la pada tokei yang dah kaya tu...




Wednesday, October 24, 2007

Cuti Raya






























Tiada apa yang paling mengembirakan melainkan melihat keindahan alam sewaktu berpeluang beraya....erm.. sakan.. dan melihat wajah-wajah yang selalu dirindu. Sokmo.

Thursday, October 11, 2007

Balik Kampung











Selamat balik kampung pada semua, selamat dalam perjalanan pergi dan balik, semuga kita dapat bertemu semula diminggu hadapan.










Salam Selamat Hari Raya dan selamat bergembira bersama keluarga tercinta.

Wednesday, October 10, 2007

Pelancaran Soyuz TMA-11

















Dr. Sheikh Muszaphar Shukor

















Shukur Alhamdulillah... misi untuk rakyat Malaysia ke angkasa lepas telah berjaya. Tepat pada 9.21 malam waktu Malaysia, Roket Soyuz TMA-II selamat dilancarkan dibawah kelolaan Russia Space Agency, Roskosmos di bumi Kazakhztan.



Tiga crew angkasa ialah :-


1) Russia Cosmonout Malenchenko
2) NASA Astronout Peggy A. Whitson
3) Dr. Sheikh Muszaphar Shukor



Kini Malaysia boleh berbangga kerana mempunya astronout dari warganya. Cuma saya tertanya macam mana agaknya Dr. Sheikh dapat mengerjakan ibadah di dalam roket angkasa, Yang pasti saya doakan agar dia dapat bertemu Lailatul Qadar disana...Amin.




Selamat Hari Raya Dr. Sheikh.

Tuesday, October 9, 2007

Seronoknya Dapat Duit Raya




Semakin hampir nak raya ni... yang makin ku fikirkan adalah untuk menyediakan duit raya untuk anak-anak buahku dan juga anak-anak yang datang beraya yang tak nak makan kuih raya tapi tunggu duit raya je. Tiap kali memandang wajah mereka yang tak berkelip mata menunggu habuan raya membuatkan hati tersentuh sebab teringat dulu kita pun macam ni jugak. Ini cerita kampung la.
Erm..rasanya tahun ni budget ada lari sikit, TAPI...

Tahun ni "yang" akan sediakan singgit sorang je untuk korang semua.

Nak tengok macam mana muka dorang nanti...






Hehe...nanti 'yang' bagi dua hinggit kat Ira ya.....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...