Tuesday, October 2, 2007

Putu Kacang

Teringat masa dulu-dulu ketika tinggal dengan nenek di kampung, lagi seminggu nak raya nenek dah sibuk membeli keperluan untuk buat kuih raya. Kuih yang begitu nostalgic bagi ku ialah kuih putu kacang (dari kacang hijau) kerana ia membawa kenangan sewaktu penyediaannya.


Cara membuatnya ialah dengan dua kg kacang hijau ditampi dan dibuang segala kekotoran hingga tinggal yang hijau berkilat kemudian di basuh dan dikeringkan sampai betul-betul kering untuk digoreng tanpa minyak hingga tertanggal kulit hijaunya. Bersihkan hingga tinggal kacang hijau tanpa kulit yang harum. Selalunya masa ni aku akan mengikut nenek kerumah jiran berhampiran untuk ditumbuk menggunakan lesung kaki, iaitu sejenis lesung untuk menumbuk digunakan oleh orang-orang kampung. Setelah ditumbuk ia diayak supaya yang tinggal hanya serbuk kacang hijau yang halus. Begitu juga gula ditumbuk sekali untuk mendapatkan gula yang halus seperti tepung.


Tiba masa proses membuat...selalunya nenek akan mulakan diwaktu malam selepas terawih. Tepung kacang hijau disukat, satu mangkuk tepung kacang dicampur satu mangkuk gula halus..sukatan sama banyak (untuk mendapatkan putu kacang lebih lembut kurangkan sikit gulanya) tepung dan gula digaul. Acuan untuk membentuk putu kacang selalunya dibuat dari kayu yang diukir lubang berbentuk ros atau siput mengikut cita rasa. Adunan yang telah dicampur dimasukkan kedalam acuan kemudian ditekan padat untuk mendapatkan bentuk yang sempurna, kemudian kayu acuan tu ditekan diatas lapik kertas untuk mengeluarkan putu kacang yang berbentuk, susunkan putu kacang yang telah siap diatas talam, ditutup dengan kain lembut jarang seperti kain kasa untuk dijemur dipanas matahari untuk mengeraskannya. Jemur lebih kurang setengah jam, terlalu lama akan menyebabkan putu kacang menjadi terlalu keras.


Selalunya putu kacang ni tahan lama, boleh disimpan hingga sebulan atau lebih. Nostalgianya putu kacang ni hanyalah pada cara membuatnya, aku kurang minat pada rasanya.


Begitulah cara-cara nenek ku menyediakan putu kacang.

4 comments:

Kassim Selamat said...

Nostalgia ler cite putu kacang ni, kita pun dulu suka tgk arwah mak kita tekap2 putu kacang ni.

paling tak gemar...kena tolong tumbuk2 kacang ijau pakai lesung kayu.

paling suka...ngapp..hehe

yanglerni said...

betul ks...mmg nostalgic, tapi semua tu tinggal kenangan. sekarang
ni putu kacang dah takde dlam menu hari raya... rasanya almond london dah ambil alih...hehe

Jamal Abd Rahman said...

yang..thn ni buat putu kacang ker? kalau buat bg ler rasa skit...ks pun nak jugak tu..kuih tradisi feveret saya jugak tu, tiap tahun mesti tak miss beli..sedap!!

yanglerni said...

putu kacang ni dah tinggal nama je unclej....dah lama tak buat dah..tinggal kenangan cara buat je

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...