Saturday, November 17, 2007

Dua Dalam Satu

Rumah yang terpaksa kutinggalkan...harini pun agentrumah dah call nak tengok
Adikku tidak membenarkan wajahnya dirakam. Hehe berselindung dibawah bajunya (Sham..takkan lah akak nak rakam gambar Sham untuk tatapan)


Alhamdulillah adik ku beransur baik, tak lah seperti mula-mula kuterima berita tentangnya, kini adikku telah ada selera untuk menjamah makanan walaupun tidak banyak tapi cukup untuk menyegarkan dirinya walaupun sebenarnya adalah dari bantuan drip air yang dimasukkan ke badannya. Wajahnya kini telah menampakkan kesegaran kemerahan, tapi beliau masih tidak mampu untuk bergerak bersendirian masih memerlukan bantuan untuk dipapah dan juga bantuan kerusi roda untuk bergerak.



Syukur kehadrat Allah s.w.t. kerana memperkenankan doa kami, biarlah adik kami sihat sejahtera dan dipanjangkan umur....Amin.



Berita mengejut terbaru yang kuterima adalah aku terpaksa mengosongkan rumah yang kudiami sekarang sejak lima tahun lalu. Aku diberi notis dua bulan untuk mengosongkan rumah kerana tuan rumah hendah menjual rumahnya. Rumah usang yang kudiami ini amat kusayangi kerana senang untukku berulang alik ke tempat kerja dengan hanya berjalan kaki. Aku bukanlah dari golongan orang kaya, jadi aku tidak mampu untuk membelinya. Harga permulaanya ada RM310,000.00 . Sedih jugak bila aku terpaksa mencari kediaman baru dilokasi berdekatan.


Sekarang aku dalam proses untuk mencari kediaman baru, rasanya kali ni aku cuma hendak mencari bilik kosong sahaja, walaupun ianya akan menyusahkan keluargaku untuk datang menziarah tapi aku terpaksa, kerana tidak mampu untuk membayar sewa yang beribu disekitar seksyen 14, Petaling Jaya. Semuga aku dapat mencarinya dalam masa dua minggu ni. Amin.

2 comments:

TokNabe said...

Kesian dan susahnya nak cari rumah baru. kalau ada pun mmg sewanya mak oiii..harap dapat le tempat kediaman baru tu nanti. Alhamdunillah adik lerni dah semakin baik sekarang.

yanglerni said...

terima kasih tok... Alhamdulillah adik beransur baik...dan pasal rumah tu mmg tengh duk mencari ni..cari bilik je

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...