Friday, February 1, 2008

Rindunya....




















Selepas sebulan tinggal ditempat baru, barulah aku berpeluang untuk mengambil semula kucing-kucing kesayangan yang kutinggalkan dikediaman lama. Pertolongan dari abang dan kakak iparku terpaksa kupinta untuk menempatkan mereka dirumah abangku di Ipoh memandangkan tempat tinggalku tidak dibenarkan memelihara kucing atau sebarang haiwan. Operasi mencari mereka kami lakukan diwaktu malam. Agak susah jugak untuk memanggil kucing-kucing tu sebab mereka dah merasa ditinggalkan. Makanan dan sangkar untuk meletakkan mereka telah tersedia.


Dipendekkan cerita dapatlah juga kami menangkap mereka dengan memberi umpan makanan. Kesian...sebulan ditinggalkan mereka semua dah kurus..umpan makanan yang disediakan dimakan dengan rakus kerana lapar. Tiga ekor ibu kucing bersama empat ekor anak kucing dibawa pulang oleh abangku ke Ipoh...saekor lagi ibu kucing terpaksa aku tinggalkan kerana dua hari mencari tetapi kelibatnya tidak kelihatan. Semoga dia selamat.


Di Ipoh aku menyediakan sangkar tiga tingkat untuk mereka menyesuaikan diri sebelum mereka boleh dibiarkan bebas. Aku akan menanggung semua perbelanjaan makanan mereka - itu janjiku pada abangku.


Nanau, timi, tayam dan anak-anak mereka kini mulai menyesuaikan diri ditermpat baru. Tak sabar rasa untuk aku menemui mereka semula. Rindunya pada kucing-kucingku yang manja dan pandai itu.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...