Saya mendapat berita bahawa salah saorang dari jemaah yang menyertai rombongan umrah telah kembali ke Rahmatullah. Innalillah Hiwainna Ilaihirojiun (Hj Syed Ahmad - dari Rawang)
semoga roh beliau ditempatkan di tempat paling mulia di sisi Allah.
Begitulah ketentuan Ilahi, baru dua minggu lepas kami sama-sama mengerjakan Ibadah Umrah, kini beliau telahpun meninggalkan kami. Yang pasti giliran siapa pula akan menyusul? Segala-galanya adalah dari Allah dan kepada Allah jua kita kembali. Saya bersyukur ke hadrat Ilahi kerana telah dimakbulkan niat untuk mengerjakan umrah bersama keluarga..semoga niat untuk mengerjakan haji bersama keluarga juga akan dimakbulkan.... Amin.
Sebenarnya apa yang berlaku dalam perjalanan umrah ku adalah apa yang telah ditetapkan oleh Allah. Ya Allah ya Tuhanku...aku redha atas apa yang telah berlaku. Sebagai manusia memang kita akan lupa sebentar apabila diberi dugaan...dugaan yang pada ketika itu difikirkan paling tidak patut berlaku kepada kami. Kini bila kufikirkan kembali wajah-wajah pengurusan yang tidak mampu menjawab kemarahan jemaah-jemaah, aku mula sedar bahawa bukanlah dengan sengaja beliau melakukan penganiayaan terhadap kami. Aku sedar bahawa beliau telah dipermainkan oleh orang lain yang membuat pengurusan untuk beliau. Apa lagi yang patut kufikirkan?
Walaubagaimanapun aku telahpun memaafkan mereka. Tidak ada sedikitpun kemarahan dihatiku. Biarlah kita sama-sama bermaafan, agar kita kembali kepada Allah dengan hati yang suci dengan tidak membawa dosa yang tidak dapat diampunkan. Erm....tapi janji pihak pengurusan untuk membuat refund kepada kami tu...hehe...Kakwan tunggu ni..sebab Kakwan
lepasni nak pegi Indonesia pulak...office trip (mintak-mintak cepat le dapat pembayarannya ye..sebelum Kakwan pegi 18hb. Julai ni...duit sokongan shopping tu).
Dengan ini aku ingin mengucapkan berbanyak terima kasih yang tidak terhingga kepada kumpulan Rabbani yang telah memimpin kami dari awal hinggalah kami kembali ke Malaysia.
Sifat mereka memang terpuji...tiptop...mereka yang berkelulusan tinggi dalam agama bukan sahaja pandai menyanyi, berbudi pekerti yang tinggi yang sanggup melayan kerenah jemaah hinggakan sanggup menjadi macam seperti tak sepatutnya bagi artist yang terkenal merendahkan diri mereka. Kami sekeluarga memang sangat-sangat terhutang budi dengan Ustaz Asri (bukan penyanyi utama ....sebab dia sibuk shooting) yang berhati mulia yang sentiasa membantu tanpa alasan. RABBANI - you are the best...memang no. 1.....makcik tak lupo sampai bilo-bilo nak oii.
Juga kepada pihak pengurusan umrah yang sedaya upaya cuba untuk menunaikan segala apa yang dijanjikan. Apakan daya segalanya telah ditentukan oleh Allah...kita cuma merancang tapi segalanya ditentukan oleh yang maha Esa. Kepada "En. maafkan saya TAK?" saya maafkan segala-galanya...tiada ape dosapun...dan saya berharap agar saya dapat dimaafkan juga.
Saya berdoa agar syarikat pengurusan umrah ini akan bertambah maju dan dapat memimpin lebih ramai lagi untuk mengerjakan umrah...kita belajar dari kesilapan, semoga terus success.
Amin. Kepada Ina yang lemah lembut yang tak pernah meninggikan suara...semoga terus berjaya.
Al-Fatihah untuk Tuan Haji Syed Ahmad.
Salam.
2 comments:
Salam,
Hidup tanpa dugaan macam makan nasi tak ada sambal belacan!!
salam sharifah...hehe betul tu..mmg terima segala dugaan.
Post a Comment