Monday, November 3, 2008

Semoga Semuanya Berakhir Dengan Baik..



Syukur Alhamdulillah kerana penganalisis politik, Abdul Razak Abdullah Baginda telah dibebaskan dari tuduhan membunuh. Dari dulu lagi memang saya percaya bahawa beliau tidak bersalah dalam pertuduhan membunuh. Kegembiraan dapat dilihat dari wajah anak isteri serta keluarga beliau sebaik keputusan diberi, tetapi ura ura beliau akan disabitkan semula dalam kes Altantuya Shaariibuu jika pihak pendakwa mengemukakan rayuan terhadap pembebasannya amat mengecewakan. Beliau kemungkinan akan ditahan semula atau dibebaskan dengan jaminan. Saya berdoa agar semuanya berakhir dengan baik dan beliau yang saya pasti tidak terlibat dalam kes pembunuhan itu terselamat dari semua pertuduhan, semoga beliau tabah. Apakah Mahkamah Malaysia ni dah jadi trend...dah bebas kemudian tangkap semula? Apakah semua keputusan Mahkamah tak boleh pakai?







Sedih membaca kisah pergolakan rumah tangga Norman Hakim dan Abby Abadi. Sedih juga kerana ia ada kena mengena dengan pelakon baru Memey. Sepatutnya dia sedia maklum dengan perbuatannya yang mengundang masalah. Dah jatuh cinta pun bukanlah itu cara penyelesaiannya. Walaubagaimanapun harap Abby bersabar dan tidak membuat keputusan terburu yang mengundang duka dikemudian hari, anak-anak dan keluarga adalah lebih penting dari segalanya, mungkin hari ini Abby berduka tapi ada hikmah disebaliknya. Semoga semuanya berakhir dengan kebaikan.








Nampaknya hari perkahwinan Mawi dan Ekin dah semakin hampir. Sudah pastilah sebagai orang yang akan membuat kenduri besar mereka sibuk. Tapi bila terbaca dalam akhbar orang mengutuk pasangan ni beria-ia rasa tak patut pulak. Sebelumni bila mana mereka menyembunyikan status persahabatan pun orang kutuk. Sekarangni dalam meniti hari hari yang kian hampir biarlah mereka membuat apa yang semua pasangan yang akan mendirikan rumah tangga buat. Merekapun tak buat perkara tak senonoh didepan sesiapapun. Biarlah mereka bahagia, bagi can lah kata orang dulu dulu. Saya doakan agar Mawi dan Ekin bahagia hingga ke anak cucu. Selamat Menempuh Gerbang Perkahwinan Mawi dan Ekin.














8 comments:

kuIna said...

manusia nie mcm2 ragam, rambut sama itam tp hati lain2

yanglerni said...

betul kuina...sekarang ni macam2 cerita kita dengar..tapi harap semuanya berakhir dgn baik sebab sedih sgt kalau berlaku sebaliknya.

TeacherNunu said...

macam macam kan.cite yg tengah2 tu paling sedih :(

yanglerni said...

sedih sangat nuu_ol...tapi rasanya abby kena sabar kalau dia sayangkan keluarganya. Perbuatan pelakon baru memey tu mmg melampau, nanti kena kat atas batang idung dia baru padan muka.

arsaili said...

salam aunty kebenaran akan terbukti jua kan....

yanglerni said...

salam arsaili....betul...tak sabar nak tau ape sebenarnye kalau dah duk angkut tilam bantal ke office...erm bersama tukang urut.....hehe

Anonymous said...

Ya, Semoga Semuanya Berakhir Dengan Baik..Amin

yanglerni said...

betul cikgu.....amin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...