Sunday, October 7, 2007

SELAMAT BERCUTI RAYA


Lagi seminggu sahaja lagi kita akan menyambut Hari Raya, pasti semua dah bersedia untuk menyambut raya dengan kemeriahan mengikut kemampuan masing-masing. Bagiku menyediakan sendiri juadah-juadah hidangan hari raya pertama adalah kemestian, kerja-kerja dapur selalunya diserahkan kepada ku bila setiap kali pulang ke kampung, tapi aku pun memang suka memasak...jadi.. bahagian mengemas dan persedian tengah rumah diserahkan kepada kakak dan adik-adik ku yang lain.


Masalah ku sekarang ni, bila agaknya aku akan balik ke kampung? cuti seminggu telah diambil...erm selalunya tumpang adik sekali, tapi kali ni dia beraya di rumah mertuanya pulak. Tiket jangan cerita...memang dah lama habis, tiket tambahan tu..waalaikumsalam lah, rasanya seram jugak nak naik. Harap-harap kakak ku akan datang mengambil ku, itu janjinya...kalau tak, tak berasaplah dapur kat kampung tu...hehe semua malas ke dapur.


Kepada yang hendak balik ke kampung tu, berhati-hatilah....almaklumlah kereta memang banyak waktu-waktu gini, jadi pandulah dengan cermat dan perlahankan sedikit kelajuan tu...mengikut kata jpj itu hari, atas highway boleh bawak 80kmj je?....bila nak sampai rumah ye? hehe tapi itu undang-undang waktu raya kena la ikut nanti banyak pulak saman sangkut kat kita.


Ok lah semua......Selamat membakar lemang dan rebus ketupat berserta rendang dan juga nasi impit and kuah satey...banyaknya...SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN.


Tuesday, October 2, 2007

Putu Kacang

Teringat masa dulu-dulu ketika tinggal dengan nenek di kampung, lagi seminggu nak raya nenek dah sibuk membeli keperluan untuk buat kuih raya. Kuih yang begitu nostalgic bagi ku ialah kuih putu kacang (dari kacang hijau) kerana ia membawa kenangan sewaktu penyediaannya.


Cara membuatnya ialah dengan dua kg kacang hijau ditampi dan dibuang segala kekotoran hingga tinggal yang hijau berkilat kemudian di basuh dan dikeringkan sampai betul-betul kering untuk digoreng tanpa minyak hingga tertanggal kulit hijaunya. Bersihkan hingga tinggal kacang hijau tanpa kulit yang harum. Selalunya masa ni aku akan mengikut nenek kerumah jiran berhampiran untuk ditumbuk menggunakan lesung kaki, iaitu sejenis lesung untuk menumbuk digunakan oleh orang-orang kampung. Setelah ditumbuk ia diayak supaya yang tinggal hanya serbuk kacang hijau yang halus. Begitu juga gula ditumbuk sekali untuk mendapatkan gula yang halus seperti tepung.


Tiba masa proses membuat...selalunya nenek akan mulakan diwaktu malam selepas terawih. Tepung kacang hijau disukat, satu mangkuk tepung kacang dicampur satu mangkuk gula halus..sukatan sama banyak (untuk mendapatkan putu kacang lebih lembut kurangkan sikit gulanya) tepung dan gula digaul. Acuan untuk membentuk putu kacang selalunya dibuat dari kayu yang diukir lubang berbentuk ros atau siput mengikut cita rasa. Adunan yang telah dicampur dimasukkan kedalam acuan kemudian ditekan padat untuk mendapatkan bentuk yang sempurna, kemudian kayu acuan tu ditekan diatas lapik kertas untuk mengeluarkan putu kacang yang berbentuk, susunkan putu kacang yang telah siap diatas talam, ditutup dengan kain lembut jarang seperti kain kasa untuk dijemur dipanas matahari untuk mengeraskannya. Jemur lebih kurang setengah jam, terlalu lama akan menyebabkan putu kacang menjadi terlalu keras.


Selalunya putu kacang ni tahan lama, boleh disimpan hingga sebulan atau lebih. Nostalgianya putu kacang ni hanyalah pada cara membuatnya, aku kurang minat pada rasanya.


Begitulah cara-cara nenek ku menyediakan putu kacang.

SALAM LEBARAN



2hb. Oktober, 2007 genap 20 hari kita berpuasa - 10 malam terakhir Ramadan, malam-malam yang ditunggu oleh kita semua, semoga Lailatul Qadar dapat dinikmati - Amin.



Kini Syawal hampir menjelma, sekali lagi dikesempatan ini saya menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf sekiranya ade terkasar bahasa atau tersalah kata yang menimbulkan rasa kecil hati. Harapan agar kita semua dapat bermaafan dan menyambut Syawal dengan hati yang bersih.


SAMBUTLAH PERAYAAN INI DENGAN RASA PERSAUDARAAN .... HEHE

Saturday, September 29, 2007

Salam

Salam sejahtera untuk semua pembaca blog... hari ni 29hb. September, 2007 genap 17 hari kita berpuasa, InsyaAllah 12 hari lagi kita akan menyambut Aidil Fitri pula...tapi, sebelum tu pastikan kita mengerjakan ibadah puasa kita dengan sempurna juga sunat-sunat untuk tambahan pahala...kira pahala+++ la InsyaAllah... hehe... ingat kat hotel je ke ade plus plus.



Dalam bulan puasa ni terasa betul budget dah larikan? Almaklumlah hari-hari duk pegi pasar Ramadan saja masaknya tidak...bukan apa takde masa..alasan je tu. Tu baru kira belanja berbuka puasa saja belum lagi kira nak beraya lagi...alahai rasanya lepas raya ni gerenti duit takde, baru la pandai nak korek sana sini.. Tabung Haji lah, ASB lah..betul tak? biasa buat tu hehe.



Ah.. raya tahun ni pula memang terasa amat berbeza dari tahun-tahun sebelum, dulu ada MAK menyambut kepulangan kami..kini kami beraya tanpa beliau, terasa amat pilu..pada yang masih ada MAK dan AYAH tu.. jagalah mereka dengan penuh kasih sayang sebab tanpa mereka beraya balik kampung tu dah tiada makna lagi.

DAN.....


Sempena kita akan menyambut Hari Raya AidilFitri mulia ni...saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan "SELAMAT HARI RAYA - MAAF ZAHIR BATIN" kepada semua teman-teman dan juga pembaca blog ini dan juga kepada semua teman di myspace terutama saudara GoiMaalik, dari mymuslim page dan juga dari teman hi5.


Assalamualaikum..


p.s.
sila lawati blog datinserikaya untuk melihat video baru yg dipetik dari myspace..tentang bush and yahudi..mesti tengok.

Sunday, September 23, 2007

12 Hari Puasa

Tup tap tup tap....tau tau dah hampir 12 hari kita berpuasa...banyak lah yang kita dapat dari bulan yang mulia ini. kalau yang rajin dan tak tinggal terawih tu..rasanya macam dilahirkan semula lah...bersih dari dosa...jika diizinkan Allah.

Dan ade jugak yang tak berbuat apa-apa, pun dapat lah habuan masing-masing dosa dan pahala... hanya Allah yang tahu..Wallah huaklam.

Malam Lailatul Qadar adalah malam yang ditunggu-tunggu dimana segala doa dimakbulkan Allah...dengan izinNya. 10 hari terakhir Ramadan adalah diantara malam-malam yang dirasakan akan kita temui Lailatul Qadar...dan alangkah bertuahnya jika kita betul-betul dapat bertemu akan malam itu.. semuga Allah menemukan Lailatul Qadar kepada ku dan dapat berdoa menjadi manusia beriman dan dijauhi dari segala dosa dan dari segala kesengsaraan untuk ku dan sahabar-sahabat ku dan juga untuk sekelian umat Islam di dunia ni.

Semuga kita semua dapat bertemu Lailatul Qadar....Amin.

Salam...

Friday, September 21, 2007

Salam Terakhir Untuk Nurin Jazlin Jazimin

Al-Fatihah untuk arwah Nurin Jazlin.


Seluruh warga Malaysia mengalirkan air mata membaca kisah sedih yang dilalui adik Nurin Jazlin (kecuali syaitan yang bertopengkan manusia itu). Sejak kehilangannya aku telah berdoa agar dia akan selamat, akan ditemui dan dikembalikan kepada keluarganya semula, sepertimana kita membaca kisah kehilangan Yin dahulu. Namun setelah membaca berita penemuannya dan apa yang terjadi kepadanya hatiku menjadi remuk dan merasa amat geram terhadap pembunuh gila yang sanggup melakukan perkara terkutuk terhadap kanak-kanak yang baru hendak mengenal dunia.


Harapan ku sekarang agar pempunuh psycho yang masih bebas untuk melakukan perbuatan terkutuknya itu lagi akan dihukum seberat-berat hukuman dan tidak akan dibebaskan lagi untuk bersama masyarakat. Cuma aku merasa simpati terhadap ahli keluarganya yang tidak bersalah. Walaubagaimanapun doaku agar dia akan dibalas setimpal dengan perbuatan terkutuknya.


Kepada keluarga terutama ibubapa Nurin Jazlin semuga bersabar dan redha akan ketentuan Ilahi. Mungkin ini adalah merupakan satu jalan keluar yang diberi Allah.


Pengajaran yang didapati dari peristiwa ini adalah agar ibubapa lebih peka terhadap anak-anak, lebih berhati-hati demi keselamatan mereka.


Salam.

Sunday, September 16, 2007

Anak-Anak Nakal

Jahatnye kanak-kanak nakal ni...setiap kali pergi kerja pasti mereka memanjat masuk ke pagar rumah. Mereka ni tidak diketahui anak siapa tetapi kenakalannya melampaui batas. Penghadang gril dibelakang rumah habis dirosakkan, segala sampah makanan dicampakkan kedalam pagar. Yang paling tak dapat dimaafkan ialah mereka menyiksa kucing yang ku pelihara. Habis anak2 kucing tu dipuluk hingga tempang, sudah pastinya disepak terajang sewaktu ketiadaanku.


Hari ini aku terpaksa menanam dua ekor anak kucingku yang mati kelemahan, yang lain tu aku pasti dah mati jugak. Habis anak kucing yang kupelihara berbelas ekor...harap masih ade yang hidup atau bersembunyi dari kanak2 nakal tu.


Kenapalah jiran2 ni membiarkan anak-anak mereka berkeliaran begitu.


Kesian miow...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...