Happy Chinese New Year to these cute little girls...very cute
Saturday, February 2, 2008
Friday, February 1, 2008
Rindunya....




Selepas sebulan tinggal ditempat baru, barulah aku berpeluang untuk mengambil semula kucing-kucing kesayangan yang kutinggalkan dikediaman lama. Pertolongan dari abang dan kakak iparku terpaksa kupinta untuk menempatkan mereka dirumah abangku di Ipoh memandangkan tempat tinggalku tidak dibenarkan memelihara kucing atau sebarang haiwan. Operasi mencari mereka kami lakukan diwaktu malam. Agak susah jugak untuk memanggil kucing-kucing tu sebab mereka dah merasa ditinggalkan. Makanan dan sangkar untuk meletakkan mereka telah tersedia.
Dipendekkan cerita dapatlah juga kami menangkap mereka dengan memberi umpan makanan. Kesian...sebulan ditinggalkan mereka semua dah kurus..umpan makanan yang disediakan dimakan dengan rakus kerana lapar. Tiga ekor ibu kucing bersama empat ekor anak kucing dibawa pulang oleh abangku ke Ipoh...saekor lagi ibu kucing terpaksa aku tinggalkan kerana dua hari mencari tetapi kelibatnya tidak kelihatan. Semoga dia selamat.
Di Ipoh aku menyediakan sangkar tiga tingkat untuk mereka menyesuaikan diri sebelum mereka boleh dibiarkan bebas. Aku akan menanggung semua perbelanjaan makanan mereka - itu janjiku pada abangku.
Nanau, timi, tayam dan anak-anak mereka kini mulai menyesuaikan diri ditermpat baru. Tak sabar rasa untuk aku menemui mereka semula. Rindunya pada kucing-kucingku yang manja dan pandai itu.
Tuesday, January 29, 2008
Mata Malaysia....& UFO?

Perasan tak gambar tompok hitam kat atas tu?.... gambar UFO tertangkap dengan kamera nokia N70 buruk ku ini...setelah diteliti memang nampak gambar piring terbang, camana boleh snap ye...ari tu memang gelap nak ujan, time turun tu mencurah2 hujan.

Gambar semua gelap ala2 kelabu asap je...sebab yg tangkapnya profesional sangat..hehe dangan alat yg canggih sgt..



Setelah setahun "Eye of Malaysia" didirikan barulah dapat berpeluang menaikinya. Ia sepatutnya ditamatkan pada 31hb. Disember, 2007 tetapi disambung semula hingga ke
31hb. Ogos, 2008 kalau tidak melopeh la chek nak naik buaiyan pusing ni. Itupun dua tiga kali pusing dah kena turun, tak pueh nengok, bayar punya la mahai RM15.00... ingat dah setahun boleh la kurang sikit bayarnya ishhh...
Tapi walaubagaimanapun pemandangannya cantek, boleh tengok pemandagan KL dari sini.
Saturday, January 26, 2008
Subscribe to:
Posts (Atom)






