Monday, November 3, 2008

Semoga Semuanya Berakhir Dengan Baik..



Syukur Alhamdulillah kerana penganalisis politik, Abdul Razak Abdullah Baginda telah dibebaskan dari tuduhan membunuh. Dari dulu lagi memang saya percaya bahawa beliau tidak bersalah dalam pertuduhan membunuh. Kegembiraan dapat dilihat dari wajah anak isteri serta keluarga beliau sebaik keputusan diberi, tetapi ura ura beliau akan disabitkan semula dalam kes Altantuya Shaariibuu jika pihak pendakwa mengemukakan rayuan terhadap pembebasannya amat mengecewakan. Beliau kemungkinan akan ditahan semula atau dibebaskan dengan jaminan. Saya berdoa agar semuanya berakhir dengan baik dan beliau yang saya pasti tidak terlibat dalam kes pembunuhan itu terselamat dari semua pertuduhan, semoga beliau tabah. Apakah Mahkamah Malaysia ni dah jadi trend...dah bebas kemudian tangkap semula? Apakah semua keputusan Mahkamah tak boleh pakai?







Sedih membaca kisah pergolakan rumah tangga Norman Hakim dan Abby Abadi. Sedih juga kerana ia ada kena mengena dengan pelakon baru Memey. Sepatutnya dia sedia maklum dengan perbuatannya yang mengundang masalah. Dah jatuh cinta pun bukanlah itu cara penyelesaiannya. Walaubagaimanapun harap Abby bersabar dan tidak membuat keputusan terburu yang mengundang duka dikemudian hari, anak-anak dan keluarga adalah lebih penting dari segalanya, mungkin hari ini Abby berduka tapi ada hikmah disebaliknya. Semoga semuanya berakhir dengan kebaikan.








Nampaknya hari perkahwinan Mawi dan Ekin dah semakin hampir. Sudah pastilah sebagai orang yang akan membuat kenduri besar mereka sibuk. Tapi bila terbaca dalam akhbar orang mengutuk pasangan ni beria-ia rasa tak patut pulak. Sebelumni bila mana mereka menyembunyikan status persahabatan pun orang kutuk. Sekarangni dalam meniti hari hari yang kian hampir biarlah mereka membuat apa yang semua pasangan yang akan mendirikan rumah tangga buat. Merekapun tak buat perkara tak senonoh didepan sesiapapun. Biarlah mereka bahagia, bagi can lah kata orang dulu dulu. Saya doakan agar Mawi dan Ekin bahagia hingga ke anak cucu. Selamat Menempuh Gerbang Perkahwinan Mawi dan Ekin.














Wednesday, October 29, 2008

Syawal Berlalu..

Hari ini 29hb. Oktober, 2008 maka berakhirlah Syawal meninggalkan kita semua, jika di panjangkan umur mungkin Syawal akan ditemui lagi di tahun hadapan..InsyaAllah.


Banyak suka duka kita lalui - syukur alhamdulillah kita masih lagi dapat bertemu di alam internet ini, sekali lagi before syawal pergi....beberapa jam lagi... salam aidilfitri, maaf zahir dan batin pada semua teman teman blog yang mungkin terkecil hati - maaf di pohon, semoga dosa dosa saya dapat dimaafi.


Selamat mengerjakan haji mabrur pada teman yang akan pergi menunaikan haji pada tahun ini. Semoga daku juga akan dapat berpeluang mengerjakannya dikemudian hari jika diberi rezeki yang lebih....InsyaAllah.



Salam semua.

Saturday, September 27, 2008

More AIDILFITRI graphics

Balik Kampung

Selamat Hari Raya Aidilfitri - maaf zahir batin pada semua teman-teman blog.


Menjelang Aidilfitri yang kian hampir pastinya kita semua akan berangkat pulang untuk menemui keluarga yang tercinta. Berhati-hatilah dalam perjalanan. Dapatkan rehat secukupnya dan mulailah perjalanan dengan bismillah dan ayatul kursi agar kita dilindungi - amin.


Salam...






Monday, September 15, 2008

Mencari Lailatul Qadar




15hb. September, 2008 bersamaan dengan 15 Ramadan 1429, 15 hari kita telah berpuasa di bulan yang mulia ini. Semuga kita semua diketemukan dengan Lailatul Qadar. Marilah kita menadah tangan memohon agar segala yang dipinta dimakbulkan Allah. Amin.

Sunday, September 7, 2008

Muzium Diraja Kuala Kangsar





sedang kita asik curi2 ambil gambar dalam muzium...sedar2 dua ekor anak sedara dah terlepas keluar..lima minit je terlepas pandang dorang dah buat hal...orang perak cakap 'pantang lepa' nasib baik sedar... gambar diambil dari dalam muzium



gambar yang sempat diambil curi...ni je yang boleh ditunjuk yang lain kena datang sendiri tengok
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...