Monday, June 23, 2008

Al-Fatihah

Saya mendapat berita bahawa salah saorang dari jemaah yang menyertai rombongan umrah telah kembali ke Rahmatullah. Innalillah Hiwainna Ilaihirojiun (Hj Syed Ahmad - dari Rawang)
semoga roh beliau ditempatkan di tempat paling mulia di sisi Allah.


Begitulah ketentuan Ilahi, baru dua minggu lepas kami sama-sama mengerjakan Ibadah Umrah, kini beliau telahpun meninggalkan kami. Yang pasti giliran siapa pula akan menyusul? Segala-galanya adalah dari Allah dan kepada Allah jua kita kembali. Saya bersyukur ke hadrat Ilahi kerana telah dimakbulkan niat untuk mengerjakan umrah bersama keluarga..semoga niat untuk mengerjakan haji bersama keluarga juga akan dimakbulkan.... Amin.


Sebenarnya apa yang berlaku dalam perjalanan umrah ku adalah apa yang telah ditetapkan oleh Allah. Ya Allah ya Tuhanku...aku redha atas apa yang telah berlaku. Sebagai manusia memang kita akan lupa sebentar apabila diberi dugaan...dugaan yang pada ketika itu difikirkan paling tidak patut berlaku kepada kami. Kini bila kufikirkan kembali wajah-wajah pengurusan yang tidak mampu menjawab kemarahan jemaah-jemaah, aku mula sedar bahawa bukanlah dengan sengaja beliau melakukan penganiayaan terhadap kami. Aku sedar bahawa beliau telah dipermainkan oleh orang lain yang membuat pengurusan untuk beliau. Apa lagi yang patut kufikirkan?


Walaubagaimanapun aku telahpun memaafkan mereka. Tidak ada sedikitpun kemarahan dihatiku. Biarlah kita sama-sama bermaafan, agar kita kembali kepada Allah dengan hati yang suci dengan tidak membawa dosa yang tidak dapat diampunkan. Erm....tapi janji pihak pengurusan untuk membuat refund kepada kami tu...hehe...Kakwan tunggu ni..sebab Kakwan
lepasni nak pegi Indonesia pulak...office trip (mintak-mintak cepat le dapat pembayarannya ye..sebelum Kakwan pegi 18hb. Julai ni...duit sokongan shopping tu).


Dengan ini aku ingin mengucapkan berbanyak terima kasih yang tidak terhingga kepada kumpulan Rabbani yang telah memimpin kami dari awal hinggalah kami kembali ke Malaysia.
Sifat mereka memang terpuji...tiptop...mereka yang berkelulusan tinggi dalam agama bukan sahaja pandai menyanyi, berbudi pekerti yang tinggi yang sanggup melayan kerenah jemaah hinggakan sanggup menjadi macam seperti tak sepatutnya bagi artist yang terkenal merendahkan diri mereka. Kami sekeluarga memang sangat-sangat terhutang budi dengan Ustaz Asri (bukan penyanyi utama ....sebab dia sibuk shooting) yang berhati mulia yang sentiasa membantu tanpa alasan. RABBANI - you are the best...memang no. 1.....makcik tak lupo sampai bilo-bilo nak oii.


Juga kepada pihak pengurusan umrah yang sedaya upaya cuba untuk menunaikan segala apa yang dijanjikan. Apakan daya segalanya telah ditentukan oleh Allah...kita cuma merancang tapi segalanya ditentukan oleh yang maha Esa. Kepada "En. maafkan saya TAK?" saya maafkan segala-galanya...tiada ape dosapun...dan saya berharap agar saya dapat dimaafkan juga.


Saya berdoa agar syarikat pengurusan umrah ini akan bertambah maju dan dapat memimpin lebih ramai lagi untuk mengerjakan umrah...kita belajar dari kesilapan, semoga terus success.
Amin. Kepada Ina yang lemah lembut yang tak pernah meninggikan suara...semoga terus berjaya.


Al-Fatihah untuk Tuan Haji Syed Ahmad.


Salam.

Sunday, June 15, 2008

Perjalanan Umrah dan Liku-Liku...

Rancangan untuk menjejak kaki ke tanah suci Mekah untuk mengerjakan umrah dan ziarah datang menyelubungi sanubari hingga tidak dapat dibendung, lambaiannya begitu kuat
hinggalah lambaian itu disahut.


Dengan tidak mempunyai wang yang banyak sudah pastilah travel agent yang menawarkan pakej yang murah ditambah dengan tawaran menjelajah kebumi ambia Syria dan Jordan menjadi pilihan, tambahan pula ia disertai oleh kumpulan nasyid terkenal juga dari stesen tv no 1 di Malaysia diikuti oleh pengarang akhbar terkenal. Memang semuanya nampak menarik sekali so..janjipun dimetarai dan bayaran dilangsaikan. Dalam pakej ini aku membawa kakak dan juga abangku sekali untuk sama-sama menikmati kegembiraan mengerjakan umrah, tanggung beres.
Hinggalah seminggu sebelum berangkat.......segala-galanya berubah.


Jawapan kepada telefon yang dibuat mengatakan perjalanan yang sepatutnya bermula dari KLIA ke Jeddah telah diubah.... kini kami terpaksa menaiki bas menuju Singapura dari Masjid Negeri Shah Alam....Aa? Pening pening....tapi apakan daya segala telah diatur, bayaran telah dibuat. Padan muka aku. Barangkali aku ni saorang yang sangat penyabar....mungkin.


Untuk pengetahuan semua pakej ini telah mampu menarik lebih kurang 198 orang peserta termasuklah krew tv, kumpulan travel agent dan kumpulan nasyid yang menjadi lambang umrah ziarah kami.


Dipendekkan cerita selepas segala gedebuk gedebak dan sms meluahkan rasa tak puas hati maka hari untuk perjalanan ditetapkan sehari lebih awal dari masa dari KLIA.
Tergerak pulak rasa hati untuk bertanya Visa untuk kami berangkat ni dah lulus ke belum? so.. sekali lagi dua hari sebelum berangkat bertanya pada pejabat travel agent. " Belum kak"...itulah jawapan yang kuterima "tapi insyaAllah kak" sambungan jawapan. Aduh rasa nak pengsan... segala persiapan dan kenduri kendara dah dibuat...kering rasa tekak...dah tak boleh nak telan dah. Tapi Alhamdulillah besoknya mereka menyatakan yang Visa untuk ku dan juga kakak dan abangku telah lulus...sehari sebelum bertolak, tapi masih ade yang masih belum lulus. Arab Saudi memang suka menyeksa orang dalam bab pengeluaran Visa ni...dah sedia maklum.


Pada 23hb. Mei, 2008 kami bertiga pun berangkatlah menuju ke Masjid Negeri Shah Alam, disertai oleh seluruh anggota keluarga kami...meriah..hehe..jadualnya pukul 9.00 pagi tapi pukul 8.00 kami dah terpacak disitu. So selapas sarapan dan menunggu akhirnya bas yang ditunggupun sampai. 3 bas akan berangkat dahulu diikuti 2 bas lagi keesokan harinya, 2 bas yang lewat adalah kerana urusan persekolahan anak-anak. Jadinya kami telah terpisah disini. Kami berada dalam bas No. 1 bersama dengan krew tv. Setiap bas akan disertai oleh 2 orang dari kumpulan nasyid sebagai pengiring. Jadual yang sepatutnya pukul 10.00 terlewat hingga pukul 11.45 bertolak menuju Singapura. Pesawat dari Singapura berlepas pukul 9.30 malam. Bolehkah kami sampai? Tuhan saja yang tahu apa dalam hati kami. Passport kami masih belum diserahkan jadi kami tidak tahu dimana destinasi kami selanjutnya.


Dalam perjalan kami singgah di dua destinasi Pagoh dan Gelang Patah dengan perbelanjaan makan dan minum ditanggung sendiri. Di Gelang Patah kami di panggil untuk penyerahan passport. Mengapa disini baru passport diserahkan? soalan tanpa jawapan. Tapi syukur.. passport ku dan juga kakak dan abangku berada dalam genggaman kami...tapi malang... 30 orang lagi terpaksa ditinggalkan di Gelang Patang kerana ketiadaan passport. Kepala ku telah berserabut untuk berfikir lebih lagi.


Kami selesai di immigration Singpura lebih kurang pukul 8.00 malam dan terus menuju ke Changi Airport. Jadual awalnya kami akan dibawa makan dahulu tapi segalanya terpaksa dibatalkan kerana kesuntukan masa. Pukul 9.15 kami di Changi Airport dengan urusan bagasi dan tiket penerbangai diserahkan. Makanan dan air diberi tapi terpaksa kami tinggalkan saja kerana tidak boleh dibawa masuk dalam pesawat. So destinasi kami seterusnya ialah....Colombo? Ia...itulah destinasi kami seterusnya.


Bersambung.....insyaAllah.

Tuesday, May 13, 2008

Kakwan ingin memohon berbanyak-banyak maaf pada pihak pengurusan perjalanan Umrah dan Ziarah. Pihak pengurusan telah memberi penjelasan dengan detail sebab-sebab mengapa terjadi kekeliruan, sebenarnya itulah yang kami pinta dari pihak mereka.. penjelasan, agar kami tidak berada dalam kebuntuan. Ini adalah perjalan Umrah kami yang pertama, banyak yang kami tidak tahu dan banyak yang perlu dipelajari.

Bagi pihak kakwan dan keluargapun kami patut mempunyai sifar kesabaran.

Sebenarnya ini adalah salah satu dugaan yang kami tempuhi, menguji kami. Alhamdulillah ini terjadi di Malaysia tidak di tanah suci.

Semoga pemergian ini mendapat keberkatan dan diredhai Allah..Amin.

Dugaan

Travel Agency yang sepatutnya mempermudahkan perjalanan Umrah dan Ziarah dah buat hal pulak. Dari awal bulan March tempahan telah dibuat dan bayaran penuh untuk tiga orang telah dibayar diawal April lagi. Sekarang ni timbul pulak cerita yang kami terpaksa menaiki bas ke Singapura? kalau perjalanan dari Kuala Lumpur naik bas ke Airport bolehlah dikatakan perkara biasa.. dan dari situ menaiki pesawat apa pun yang kami tak tahu....

Apa dah jadi dengan travel agent ni? Dah lah segala benda dari awal kami yang berusaha bertanya. Masa mula-mula buat tempahan tu hanya dua tiga kerat je baru buat tempahan so kira kami ni orang terawal la buat tempahan...dan semasa menyerahkan passport kami diberitahu bahawa dah hampir 200 orang menyertai kumpulan ini. Kami pun rasa seronok sebab dapat ramai kenalan dalam mengerjakan ibadah umrah dan ziarah ni...dan almaklumlah kami pergi bersama penyanyi nasyid tersohor tak heran lah ramai yang ikut. Tup tup tengahari semalam masa aku nak confirmkan tarikh kursus dan flight sebab tiada siapa dari agent itu memberitahu...berita terkejut diterima.

Kami diberitahu bahawa ramai sangatlah yang nak pergi diwaktu cuti sekolah ni. Jadi dia nak utamakan yang berkeluarga dan kanak-kanak dahulu. So diorang ni lah yang akan menaiki pesawat? dan kami mangsa teraniaya naik bas?..."kita akan berjumpa sekali nanti"...itulah kata-kata perangsang syarikat travel agency itu.

Barangkali syarikat ni tak buat kerja, sebab sepatutnya segala urusan tempahan tiket kapal terbang dah lama dilakukan dan sepatutnya tempahan yang melebihi kuota hendaklah dihentikan. Dan lagi yang patut naik bas tu ialah kaum lelaki semuanya. Syarikat ni memang mempertarungkan nyawa kami dengan menaiki bas tu...tak taulah sama ada kami diberi insurans perlindungan atau tidak??? dan segala urusan makan minum kami dalam perjalanan nanti..dan flight akan bertolak dari Singapura pada hari yang sama..bayangkan.

Setahu kami perjalan ke Singapura tu lama sebab terpaksa melalui imigresen yang berjela-jela, bila nak sampai? dan adakah flight kami tu akan menunggu kami jika kami lewat sampai? sedangkan mereka yang menaiki pesawat dari KLIA bergumbira. Tertib memang tidak diamalkan dalam syarikat ini.

Rasa gembira yang menyelubungi kami yang akan berangkat terasa pudar. Berapa keratkah pihat pengurusan yang akan bersama kami ke Singapura nanti...Wallahhuaklam.

hehe...sebelum menulis disini aku dah bertalu-talu menghantar sms kepada pihak pengurusan sebab mataku tak boleh lena. So jangan lah dia sedap sedap tido dan kami gelisah dalam buntu.

Walaubagaimanapun kami berdoa agar perjalanan kami dalam mengerjakan umrah dan ziarah ini berjalan lancar. Amin Amin Amin Ya Rabbal Alamin.


(sebenarnya pihak pengurusan tu semuanya baik-baik belaka dan menghormati kami - cuma kami rasa geram diperlakukan begitu tanpa memberi penjelasan dan kebenaran dari kami terlebih dahulu...sebab kami membayar beribu ribu ribu ribu untuk perjalanan ini)

So Kakwan mintak maaf banyak-banyak dengan tulisan ini dengan ucapan lain kali jangan buat lagi. Tak baik.

Sunday, May 11, 2008

Khas Untuk Ibu

zwani.com myspace graphic comments
Myspace Mothers Day Comments


Setahun sudah Ibu pergi meninggalkan kami, namun kenangan bersama Ibu bersemadi dihati dan jiwa kami. Kerinduan pada mu Ibu meruntum jiwa kami.


Ya Allah Ya Tuhan kami terangilah kubur ibu kami, tempatkanlah beliau bersama orang-orang yang beriman, permudahkanlah perjalanannya ke Al-Jannah, dan ketemukanlah kami di Akhirat nanti. Amin Amin Amin Ya Rabbul Alamin
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...