Tak sangka sungguh yang 28 orang jemaah haji yang terkandas di Pusat Tabung Haji Kelana Jaya adalah termasuk makcik dan pakcik saya. Ish macam cerita berulang plak waktu kakwan nak pegi Umrah dulu. Dugaan.
Kesian pada makcik dan pakcik terpaksa berkhemah di luar bangunan Tabung Haji tiga hari tiga malam. Mereka tak dibenarkan masuk bangunan kerana nama mereka telah tidak dipanggil, tidak tersenarai dalam orang yang sepatutnya pergi pada hari itu 19 November. Yang sedihnya mereka telah dihalang dari memasuki bangunan tabung haji. Semua ni gara-gara pengurusan agensi yang mereka ikut la ni. Malas nak cerita pasal mereka tu. Anyway someone dari mereka tu call TV3. Maka some of them pun masuk tv termasuk pakcik kakwan. Selepas masuk berita tv3 pada 21 november tu baru lah mereka dijemput oleh tabung haji keesokan harinya untuk tinggal di bangunan mereka tu. Sebenarnya waktu tu semua penerbangan MAS untuk haji telah pun tamat.
Syukur Alhamdulillah....dengan berkat kesabaran untuk mengerjakan haji ini pada 22 November mereka telah diberitahu bahawa mereka akan dibawa ke Makkah dengan penerbangan Arab Saudi. Hajat mereka telah ditunaikan Allah. Itulah yang penting...