Saturday, March 22, 2008

Kenali yanglerni (kakwan/auntie)



Rasanya dah ramai yang kenal Kak Wan atau auntie yanglerni so meh kita ramai-ramai tunjuk wajah sebenar kita. Meh kita kenal lebih rapat lagi... tapi kekadang tu wajah dalam gambar tak sama dengan wajah di luar...hehe. Wajah2 pengenalan diri yanglerni.







Sunday, March 9, 2008

Adakah ini yang rakyat mahukan?

Seawal pagi sewaktu membeli sarapan semua akhbar habis dijual....Kerajaan kehilangan majoriti 2/3. Kemenangan pembangkang memang telah diduga tetapi melebihi 1/3 adalah diluar ramalan. Dapat kulihat semua penyokong pembangkang senyum sinis sana sini. Aku yang tidak terlibat mendapat tempiasnya. Sebelum ni tiada riaksi sebegitu - kuharap riaksi sebegitu tidak terbawa-bawa sepanjang masa.


Adakah kerana kelemahan PakLah?


Mungkin.


Kekalahn Semy Vellu memang telah lama dinantikan. Rakyat dah jemu.


Tetapi bagi DAP memenangi semua adalah diluar jangkaan masa ini dan tidak dapat diterima. Adakah ini yang diingini oleh rakyat Malaysia? Adakah ini plan DAP untuk sekian lama?


Tunggu dan lihat.


Kini kita hanya dapat menunggu dan melihat hasil kemenangan.


Syabas pada yang memenangi. Buktikan Kebenaran.

Monday, March 3, 2008

Semangat Mengundi







Selamat bertanding bagi calon bebas Nenek Maimun Yusuf bertanding bagi kerusi Parlimen Kuala Terengganu menentang calon BN Dato' Razali Ismail dan calon Pas Haji Mohamad Sabu. Semoga cita-cita nenek Maimun berjaya dan wang pertaruhannya tidak hilang.

Sunday, March 2, 2008

Meh pegi ngundi....

Salam untuk semua, saya harap pada 8hb. Mac, 2008 ni kita semua yang dah boleh mengundi dan dah mendaftar mengundi tu sama-sama turun untuk mengundi. Kita yang menyokong kerajaan maka undilah kerajaan dan kalau menyokong pembangkang pun turunlah sama mengundi untuk menunjukkan bantahan - undi pembangkang. Sebab apa-apa yang kita pilih itulah yang kita dapat, jangan menyesal dikemudian hari.



Kalau umur telah melepasi 21 tahun tapi masih belum mengundi, sedar-sedarlah bahawa kita telah membiarkan hak kita diambil oleh parti lawan...so ape guna nak memberontak tentang ketidakpuasan hati sedangkan kita tak pernah ambil peduli tentang hak untuk mengundi?..kenapa kita biarkan parti yang buat serba serbi tak betul masih memerintah kan? Jika anda yang dah melepasi 30 tahun tapi tak pernah mengundi tapi tak pernah bersetuju dengan kerajaan bermakna selama ini anda memang penyokong kerajaan sebab anda selesa dengan apa yang kerajaan sediakan. Jika anda penyokong kerajaan mengapa anda membiarkan parti lawan merampas hak dengan tidak mengundi? Dan jika benar anda penyokong pembangkang kenapa tak mengundi? Pergilah mengundi untuk membantu mereka memerintah kan? Tepuk dada tanya selera....undi anda tetap rahsia.



Cuma orang Melayu sahaja yang selalu melepaskan peluang untuk pergi mengundi, sentiasa merasa selesa dan tidak ambil pusing pasal mengundi sebab selama ini mereka sentiasa berpuas hati dengan apa yang dibuat pemerintah betul kan? Kalau tak betul tu pergilah mengundi jangan biarkan parti yang anda tidak suka memerintah. Dulu lebih kurang 10,000 pengundi melayu tak pergi mengundi kalau tak silap di Bandar Tun Razak..di situ penduduknya rata-rata Melayu tapi malas nak turun mengundi...itulah yang didapati selepas undian dibuat waktu tu, cuma nama Melayu je yang tak mengundi tu.



Apa-apa pun sebagai orang lama...nasihat saya pada semua PERGILAH MENGUNDI...jangan lepaskan peluang keemasan ini..jangan cuma pandai mengutuk tapi tak pernah mengundi.
Undi anda rahsia pilihlah mana yang berkenan dihati.



SELAMAT MENGUNDI.....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...