Friday, June 22, 2007

Ujian Allah


Allah jadikan manusia ini dari dua jenis iaitu laki-laki dan perempuan dan Allah jadikan mereka itu berpasang pasang...lelaki dan perempuan... bukan lelaki dan lelaki atau perempuan dan perempuan.


Erm...bukan nak jadi ustazah plak...tapi nak menceritakan mengapa gay and lesbo community membiak dan menular dalam masyarakat Malaysia ini. Mengapa tiba-tiba saja you are among one straight guy and four gay guys (acting to be straight? while they are not?) dan sama lah jugak dengan lesbian ni lelaki bukan lelaki perempuan bukan perempuan.


Bagi kita yang beragama Islam semestinya sudah maklum akan hukumnya. Mengapa pada suatu ketika dulu Allah hapuskan kaum ini untuk memberi pengajaran kepada keturunan akan datang. Tetapi maybe ini akhir zaman dimana sejarah berulang lagi....Allahhu Akbar...marilah kita sama-sama insaf dan sedar. Kita sebagai hambanya sepatutnya sedar bahawa ini semua adalah ujian Allah semata, kalau kita berasa kita bukan lelaki sejati dan tidak berminat kepada kaum yang berlawanan...maka anggaplah ini adalah ujian dari Allah dan bersabarlah jangan lah pulak kita melayani kahendak syaitan. Anggaplah kita telah dipilih Allah untuk ujian ini.
Jika kita tidak mengikuti kehendak syaitan maka tiadalah maksiat luar tabii di bumi Malaysia ni.


You gay people out there pls don't get angry at me plak..tapi rasanya elok jugak perkara ini dibangkitkan sebab anda semua adalah ciptaan Allah yang teristimewa...terimalah ujian ini. Janganlah mencipta community, don't let it become a disease, don't spread the disease. Sebab kalau ada yang berkeluarga dan mempunyai anak dan bertukar menjadi gay........maka anak-anak anda adalah 50% to 70% mengikuti jejak anda itu.






Sekian adenye...... coretan ini tiada kaitan dengan yang idup ataupun mati...kalau story nya ada sedikit persamaan ia adalah secara kebetulan. lol

Wednesday, June 20, 2007

Altantunya....





Maka bermulalah kes Razak Baginda yang bagi saya dia tidak bersalah.........ade cerita disebalik cerita.







Kesian pada keluarganya....semoga semuanya selamat dan Razak Baginda dapat bersama keluarganya semula....Amin.

Monday, June 18, 2007

Balik Kampung

Nyamannye kampung.....


16hb Jun genap 44 hari pemergian ibuku ke hadrat Ilahi..so kami semua dah mula berkumpul di kampung a night before untuk penyediaan membuat kenduri tahlil. Melihat semula semua saudara mara berkumpul sangat mengebirakan.


Kenduri malam tu berjalan lancar....siangnye kami bergotong royong membuat penyedian hingga lah ke akhir majlis. Walaupun dalam keadaan sebak segala urusan beres. Kami semua rindu pada mak....


Mak....Kami doakan kesejahteraan.

Thursday, June 14, 2007

Luahan....

Destinasi tempat kerja tidak lagi menjadi tempat yang mengembirakan, ia kini adalah seperti satu destinasi tempat singgahan harian setiap Isnin hingga Jumaat. Sesungguhnya apabila kita telah bekerja untuk sekian lama dan tidak pernah dihargai, adakah nilai kerja sasaorang itu akan bertambah???


Dan bila segala kesalan dibebankan ke atas satu insan? Dimanakah Teamwork yang selalu dinobatkan?







Apabila kesalahan kecil diperbesarkan dan kesalahan besar cuba disembunyikan.... cuma kerana boss ingin menjatuhkan staff? pelik bagi saorang boss yang sebelum ini pun bukan boss berusaha menjatuhkan dengan pelbagai usaha..... sedang rumours mengatakan tentang kenaikan gaji aku diberi memo untuk memastikan aku akan disekat? Human Resource?


Well done. May God reward you both..... Amin.

Sunday, June 10, 2007

Holiday

Ermm...malasnye, cuti ni masa untuk rehatkan? Mana ada rehat...itu nak buat ini nak buat, cuma rehat pergi keja je, yang lain tak rehatnye. Kalaulah ade kuli buat semua kerja ni alangkah bestnye, bolehlah bergoyang goyang kaki sambil nonton tv...erm mimpi je la....unless I kawin ngan mana mana 'Datuk' yang sudi..hehe....ada ka?

Ok lah...nak kena buat kerja la pulak....tapi before tu...ada satu cerita, haha cerita nak pegi Vietnam, best gak trip ni tapi ade kes selsema burung la..kat Malaysia dah mula, kat Vietnam lagi la.. it's all started from there, dorang cakapla bukan saya. Bermula dengan demam selesema yang tak kebah and terus tak kebah, so sesiape yang ade symptom tu elok la pegi jumpa doktor. Semuga kita semua dijauhi dari penyakit ni...Amin.

Bye...nak cuci baju...c u.

Ops...ade lagi....penyakit selesema burung ni dibawa oleh pendatang haram....dorang ni suka bela burung and ayam untuk dibuat laga...so beware je la dgn mereka tu.

Durian part2

Sambung cerita durian semalam.... kita orang buat tak reti je cakap dia tu....tapi dia punye bising sampai saya pun bawak la semula semua biji durian tu, dan kawan kawan saya yang lain tu pun kerana geram bawak la kulit dia sebab bijik dia dah masuk tong sampah adenye....hehehe itu la cerita pelik yang betul betul terjadi. Selambe je dia ambil semua biji durian yang saya berikan kepadanye. Hehehe...begitulah kisah nye manusia ni, macam macam.

Macam mengumpat je pulak saya ni.......but memang itulah yang sebenarnya. Rupanya ada jugak orang yang "takut" orang lain mempunyai macam yang dia ada. Sanggup tu..hehe erm kita jangan jadik camtu dah la..Sebenarnya dia ni baik tapi perangai dia je pelik....Nanti raya nak pergi rumah dia makan durian......camane plak ceritanye.

Saturday, June 9, 2007

Durian

Semalam saya makan durian, erm..best..yalah sekarang ni susah nak dapat makan durian yang best, selalunye kalau beli mesti dapat yang tak best, walaupun cina durian tu cakap D24 la, tapi bila bawak balik rumah hampehje...mesti sakit ati punye.

Cerita pasal durian ni teringat la pulak satu kisah tak lama dulu... adalah satu kawan ni duk bercerita pasal durian kebun dia, mamang tak boleh lawan la sedapnye.. So dipendekkan cerita kerana dah bohsan dengar dia punye sedap je tapi tak pernah pun dapat rasa..kita orang kat office pun cakaplah kat dia...kalau dah sedap sangat bawak la bagi kita orang rasa baru boleh cakap. Sebenarnye kita orang mamang dah tau dia ni taik idung masin, susah nak dapat belanje dari dia ni, tah macam mana kerana nak membuktikan kata-kata dia tu, dia pun bawak la lima biji durian just untuk kami lima orang kat office tu...orang lain tu haram dia tak kasipun. Aha ape lagi kita orang pun puji la dia tercirit-cirit, saja nak menyakat dia..hehe kembang kempis idung dia dengar kita orang puji dia... so kita orang pun masa nak balik tu pegi la ambil durian tu kat bonet kereta dia and terus la bawak balik.

Erm for your information.....Ya Allah memang sedap betul isi durian tu...saya dan housemate saya pun makan la dengan sambil memuji muji keenakan rasa durian itu. Dah makan saya pun cakap la kat kawan kawan kat rumah tu supaya jangan buang bijinya...sebab saya nak simpan nak bawak balik kampung, nak ditanam, nanti dah besar boleh lah ramai lagi dapat rase keenakannya...berangan panjang saya sekejap. So kami pun kumpul lah biji durian tu dalam satu bekas. 

Besoknya saya pun bercerita sakanlah sesama kami yang dapat durian tu kat office. Tak sabar tunggu dia sampai nak pujii dan nak ucap terima kasih banyak banyak sebab bagi kami rasa durian best tu. Bila dia sampai saja kami pun terus la jumpa dia dan puji habis lah kat dia.... Tapi.... belum habis kami cakap dia dah cakap dulu..." semalam abang lupe nak cakap, suruh bawak balik semua biji2 durian tu....abang nak balik bijinye, itulah syarat orang yang makan durian abang tu..kena pulangkan bijinye balik"....Hahh....kami semua tergamam..."abang tak duli korang carik balik biji dia kasi abang"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...