Monday, August 23, 2010

Al - Fatihah




Ramadan ke 11 menyaksikan pemergian saudara sepupuku di Kelantan kerahmatullah.  Tanpa diduga kerana beliau saorang yang sihat tanpa ada tanda-tanda penyakit kronik, menyebabkan rasa tersentak menerima berita pemergian beliau.  Kali terakhir bertemu beliau ialah pada majlis perkahwinan anak saudara kami pada bulan Disember lalu lebih kurang lapan bulan  lepas.  Beliau disahkan diserang Darah Tinggi (280) hingga menyebabkan beliau tidak boleh bergerak dan bercakap sewaktu baru hendak tidur, beliau dirujuk di Hospital Lati, Pasir Mas dan disahkan meninggal dunia pada pukul 2.00 pagi sebelas Ramadan bersamaan 21hb. Ogos 2010.


Idah panggilan nama beliau... pada majlis perkahwinan anak saudara kami sangat mesra dan beliau tidak henti membuat kerja dari pagi hingga kemalam tanpa menunjukkan rasa penat.  Rupanya itulah tanda-tanda kemesraan terakhir yang beliau tunjukkan kepada kami menandakan beliau akan pergi buat selamanya.  Ketika kami semua hendak pulang beliau menangis dan memeluk sambil berkata bilakah kita akan bertemu semula..  Rupanya itulah kali terakhir kami bertemunya.  Idah tanpa diduga...aku yang lebih tua darinya...sepatutnya aku yang pergi dulu.....


Idah dalam kenangan.....kemesraan dan budi baikmu akan dikenang selamanya....semoga rohnya ditempatkan bersama orang-orang yang beriman dan dipermudahkan dalam perjalanannya ke Al-Jannah.......Al-Fatihah.



bersama-sama adik dan anak saudara ketika penyedian bungan rampai



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...