Saturday, June 9, 2007

Durian

Semalam saya makan durian, erm..best..yalah sekarang ni susah nak dapat makan durian yang best, selalunye kalau beli mesti dapat yang tak best, walaupun cina durian tu cakap D24 la, tapi bila bawak balik rumah hampehje...mesti sakit ati punye.

Cerita pasal durian ni teringat la pulak satu kisah tak lama dulu... adalah satu kawan ni duk bercerita pasal durian kebun dia, mamang tak boleh lawan la sedapnye.. So dipendekkan cerita kerana dah bohsan dengar dia punye sedap je tapi tak pernah pun dapat rasa..kita orang kat office pun cakaplah kat dia...kalau dah sedap sangat bawak la bagi kita orang rasa baru boleh cakap. Sebenarnye kita orang mamang dah tau dia ni taik idung masin, susah nak dapat belanje dari dia ni, tah macam mana kerana nak membuktikan kata-kata dia tu, dia pun bawak la lima biji durian just untuk kami lima orang kat office tu...orang lain tu haram dia tak kasipun. Aha ape lagi kita orang pun puji la dia tercirit-cirit, saja nak menyakat dia..hehe kembang kempis idung dia dengar kita orang puji dia... so kita orang pun masa nak balik tu pegi la ambil durian tu kat bonet kereta dia and terus la bawak balik.

Erm for your information.....Ya Allah memang sedap betul isi durian tu...saya dan housemate saya pun makan la dengan sambil memuji muji keenakan rasa durian itu. Dah makan saya pun cakap la kat kawan kawan kat rumah tu supaya jangan buang bijinya...sebab saya nak simpan nak bawak balik kampung, nak ditanam, nanti dah besar boleh lah ramai lagi dapat rase keenakannya...berangan panjang saya sekejap. So kami pun kumpul lah biji durian tu dalam satu bekas. 

Besoknya saya pun bercerita sakanlah sesama kami yang dapat durian tu kat office. Tak sabar tunggu dia sampai nak pujii dan nak ucap terima kasih banyak banyak sebab bagi kami rasa durian best tu. Bila dia sampai saja kami pun terus la jumpa dia dan puji habis lah kat dia.... Tapi.... belum habis kami cakap dia dah cakap dulu..." semalam abang lupe nak cakap, suruh bawak balik semua biji2 durian tu....abang nak balik bijinye, itulah syarat orang yang makan durian abang tu..kena pulangkan bijinye balik"....Hahh....kami semua tergamam..."abang tak duli korang carik balik biji dia kasi abang"

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...