Friday, September 14, 2007

Bermulanya Bulan Puasa...

Hari pertama berpuasa maka bermulalah pasar ramadan di sana-sini. Dengan kerajaan mengumumkan kenaikan gaji menyaksikan kenaikan harga barangan berlipat ganda dari apa yang diperolehi. Harga barangan naik melambung tinggi. Pertama kali ke pasar ramadan membuat aku berasa sunggung terkejut dengan harga jualan yang berbeza dari tahun sebelum. Kalau dulu harga bagi kueh popia ialah 80 sen, kini RM1.00. Walaubagaimanapun agak pelik kerana orang tetap membeli, barisan tetap panjang menunggu tukang buat popia membungkus dengan muka manis. Mungkin ini semua ganjaran bagi peniaga.


So mungkin hari ini sahajalah bagi ku untuk membeli juadah berbuka puasa, esok adalah hari memasak sedunia bagi ku.


Hai peniaga! janganlah menaikkan harga sesuka hati....sebab aku tak mampu nak membayar...gaji aku ciputje...hehe.


Salam.

4 comments:

Jamal Abd Rahman said...

salam..saya setuju yang..harga kuih dan lauk melambung naik tahun ni..last year kuih 3 gak singgit, tp tahun ni kuih tu tinggal saiz S pulak...penangan gomen naik gaji nih..hehehe

yanglerni said...

salam unclej...mmg betul melambung2 naiknye...1st time pegi beli...abis 20 ringgit lebih, pas ni pokai la..

arsaili said...

ye ke..teruknya....nak salah kan penjual kuih, tak bole juga, sebab penjual bahan2 kuih naik kan harga...la ni harga ayam di kuching pun dh cecah sampai RM7 lebih sekilo..so tak de effect kerajaan naikkan gaji...

yanglerni said...

Arsaili tula...kena berjimat la nampaknya..ketar tangan nak kuar duit ni..
Apa2 pun peniaga tetap untung

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...