Thursday, September 6, 2007

* Sambal Tumis Ikan Bilis Arsaili *

Saya sediakan recipe sambal tumis ni sebab Arsaili dari Australia nak try masak...boleh cuba.. tak sedap jangan marah arr...

Bahan-bahannya :-

1/2 Kg ikan bilis dibuang perutnya (yg dah ready tu keras)
2 Biji bawang besar
3 Ulas bawang putih
15 Tangkai cili kering (dibuang biji)
1 Tangkai serai (diketuk untuk ditaruk dlm bahan tumisan)
(sekelumit halia...sebesar ujung jari)
(sedikit asam jawa - sejemput)
(sedikit garam - setengah sudu kecil)
(sedikit gula - 2 sudu)
dan sedikit belacan - jika suka (tanpa pun takpe)

Kesemua bahan di atas kecuali garam, asam jawa dan gula dikisar...blend dgn sedikit air saja
(Ikan bilis jgn kisar arr...basuh dan keringkan kemudian di goreng dan diletakkan disebelah)


Caranya :-

Masukkan 1/2 cawan minyak ke dalam kuali - panaskan, kemudian masukkan bahan kisar, tumis sampai naik minyak.. asam jawa dicampur air 1/2 cawan dan masukkan ke dalam tumisan kemudian masukkan serai yg telah diketuk...biar sampai mendidih...gula dan garam secukup rasa kemudian masukkan ikan bilis dan gaul hingga kering...minyak yang berlebihan hendaklah dibuang...ketepikan ikan bilis ditepi kuali untuk mengasingkan minyak yg berlebihan tadi.

Taara....sambal tumis ikan bilis dah siap boleh dimakan dgn roti atau nasik...(kalau tak sedap bukan yanglerni yg masak - Arsaili yang masak hehe)

4 comments:

arsaili said...

wah...cam sedap ni....uhuhu..thanks lerni..nak cuba try test ekekee

UncleJ said...

ish...sampai jatuh air lior atas keyboard nih..

nanti masak sambal ni then bawak umah KS, feveret dia ni..hehehe

yanglerni said...

hehe...try la arsaili..kalau sedap bole la jual nasik lemak...tapi bagi dia basah sikit la..

yanglerni said...

unclej...ok kalau dapat jumpa ks nanti kita bawak semua yg ks suke..

unclej ni tau je ape ks suke..hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...