Sunday, October 7, 2007

SELAMAT BERCUTI RAYA


Lagi seminggu sahaja lagi kita akan menyambut Hari Raya, pasti semua dah bersedia untuk menyambut raya dengan kemeriahan mengikut kemampuan masing-masing. Bagiku menyediakan sendiri juadah-juadah hidangan hari raya pertama adalah kemestian, kerja-kerja dapur selalunya diserahkan kepada ku bila setiap kali pulang ke kampung, tapi aku pun memang suka memasak...jadi.. bahagian mengemas dan persedian tengah rumah diserahkan kepada kakak dan adik-adik ku yang lain.


Masalah ku sekarang ni, bila agaknya aku akan balik ke kampung? cuti seminggu telah diambil...erm selalunya tumpang adik sekali, tapi kali ni dia beraya di rumah mertuanya pulak. Tiket jangan cerita...memang dah lama habis, tiket tambahan tu..waalaikumsalam lah, rasanya seram jugak nak naik. Harap-harap kakak ku akan datang mengambil ku, itu janjinya...kalau tak, tak berasaplah dapur kat kampung tu...hehe semua malas ke dapur.


Kepada yang hendak balik ke kampung tu, berhati-hatilah....almaklumlah kereta memang banyak waktu-waktu gini, jadi pandulah dengan cermat dan perlahankan sedikit kelajuan tu...mengikut kata jpj itu hari, atas highway boleh bawak 80kmj je?....bila nak sampai rumah ye? hehe tapi itu undang-undang waktu raya kena la ikut nanti banyak pulak saman sangkut kat kita.


Ok lah semua......Selamat membakar lemang dan rebus ketupat berserta rendang dan juga nasi impit and kuah satey...banyaknya...SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN.


2 comments:

UncleJ said...

selamat hari raya buat yanglerni..maaf zahir batin..nnt balik kg naik erl ler..cepat sikt sampai..ekekeke

balik mana raya ni?

yanglerni said...

balik kk la unclej....nak tengok pokok getah...dah lama tak siram

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...