Thursday, February 14, 2008

Nostalgia silam - Zainaldin Zainal

Siang tadi buat pertama kalinya saya mendengar radio WanitaFM 88.1 dan berpeluang mendengar kembali celoteh dj Zainaldin Zainal yang suatu ketika dulu begitu popular sekitar tahun 80an dan 90an. Zainaldin adalah dj pertama Malaysia yang memulakan cara penyampai dj bersahaja yang kini diikuti oleh semua dj di Malaysia yang berlumba-lumba menyaingi antara satu sama lain.


Petang tadi Zainaldin Zainal menemuramah Datin Suliza Salam, cara celotehannya masih sama dan suaranya masih seperti dulu jugak...hehe masih sedap didengar tak lah berubah ketara sangat. Dulu masa dia masih bertugas di RMIK setiap pagi saya hanya akan mendengar celotehannya saja. Setiap pagi ada saja cerita lucu yang diperdengarkan sampaikan kita pendengar akan tersenyum simpul mendengarnya hehehe..begita lah Zainaldin Zainal.


So Zainaldin Zainal adalah dj evergreen yang masih digemari. 88.1 akan menjadi stesen pilihan seangkatan dengannya. Teruskan Zainaldin Zainal. Suaramu masih diminati.

2 comments:

K@ssim Sel@m@t said...

sy masih ingat lagi tiupan wisel zainaldin setiap pagi di RMIK.

yanglerni said...

memang tak kering gusi kalau mendengar zainaldin berceloteh...memang rindu sgt nak dengar suara dia semula...sekarang ni dah boleh dengar hari2 dari isnin sampai jumaat pukul 5ptg hingga 8malam di stesen wanitaFM 88.1

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...