Sunday, March 2, 2008

Meh pegi ngundi....

Salam untuk semua, saya harap pada 8hb. Mac, 2008 ni kita semua yang dah boleh mengundi dan dah mendaftar mengundi tu sama-sama turun untuk mengundi. Kita yang menyokong kerajaan maka undilah kerajaan dan kalau menyokong pembangkang pun turunlah sama mengundi untuk menunjukkan bantahan - undi pembangkang. Sebab apa-apa yang kita pilih itulah yang kita dapat, jangan menyesal dikemudian hari.



Kalau umur telah melepasi 21 tahun tapi masih belum mengundi, sedar-sedarlah bahawa kita telah membiarkan hak kita diambil oleh parti lawan...so ape guna nak memberontak tentang ketidakpuasan hati sedangkan kita tak pernah ambil peduli tentang hak untuk mengundi?..kenapa kita biarkan parti yang buat serba serbi tak betul masih memerintah kan? Jika anda yang dah melepasi 30 tahun tapi tak pernah mengundi tapi tak pernah bersetuju dengan kerajaan bermakna selama ini anda memang penyokong kerajaan sebab anda selesa dengan apa yang kerajaan sediakan. Jika anda penyokong kerajaan mengapa anda membiarkan parti lawan merampas hak dengan tidak mengundi? Dan jika benar anda penyokong pembangkang kenapa tak mengundi? Pergilah mengundi untuk membantu mereka memerintah kan? Tepuk dada tanya selera....undi anda tetap rahsia.



Cuma orang Melayu sahaja yang selalu melepaskan peluang untuk pergi mengundi, sentiasa merasa selesa dan tidak ambil pusing pasal mengundi sebab selama ini mereka sentiasa berpuas hati dengan apa yang dibuat pemerintah betul kan? Kalau tak betul tu pergilah mengundi jangan biarkan parti yang anda tidak suka memerintah. Dulu lebih kurang 10,000 pengundi melayu tak pergi mengundi kalau tak silap di Bandar Tun Razak..di situ penduduknya rata-rata Melayu tapi malas nak turun mengundi...itulah yang didapati selepas undian dibuat waktu tu, cuma nama Melayu je yang tak mengundi tu.



Apa-apa pun sebagai orang lama...nasihat saya pada semua PERGILAH MENGUNDI...jangan lepaskan peluang keemasan ini..jangan cuma pandai mengutuk tapi tak pernah mengundi.
Undi anda rahsia pilihlah mana yang berkenan dihati.



SELAMAT MENGUNDI.....

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...