Wednesday, December 2, 2009

Fatine's Wedding



Fatine & Ian


Semua orang tentu dah baca tentang perkahwinan antara Fatine atau nama sebenarnya Mohammed Fadzil Bahari dengan pasangannya Ian Young...majlis berlangsung di London.

Fatine adalah dari golongan maknyah.  Rasa sedih baca berita ni sebab ini sepatutnya tak berlaku, bukan kerana tak ingin melihat beliau gembira tapi jalan yang dipilih adalah salah...salah disisi agama dan juga undang-undang negara.

Sebenarnya kalau kita kaji semula memang golongan mat saleh ni suka menyesatkan orang Islam tambahan pula kalau orang itu adalah saorang yang berjaya.  Contohnya pelajar yang pergi ke luar negara dengan wajah tampan atau handsome atau cute...golongan ini ada harapan tinggi untuk kembali ke Malaysia sebagai orang yang confuse.  Selalunya mereka ditaja oleh mat mat saleh supaya berkeadaan begitu kalau tak menjadi maknyah mereka sudah pastilah menjadi gay.

Perjanjian orang kafir adalah menyesatkan orang Islam dengan apa cara sekalipun.  Kini di Malaysia golongan gay dan maknyah ni membiak dengan begitu pantas.  Baru ni masa tanya anak saudara yang belajar di UITM ada boyfriend ke tak...jawapan dia ringkas je..."ish kat sana mana ada lelaki tulin... lembut ngan gay je mana-mana pegi"...apa nak jadi Malaysia ni.

Harap semuanya dapat kembali ke pangkal jalan.  Bertaubat nasuhah
dari kesesatan yang abadi.  Semoga Fatine kembali ke Malaysia ke pangkuan keluarga tercinta dalam keimanan yang suci dan bersih.  Amin.




4 comments:

Anonymous said...

Apa yang mahu dikaji kan? Mengapa anda menyalahkan orang kafir dan menuduh orang kafir menyesatkan orang Melayu.

For a start, Fatine memang ada naluri untuk menjadi perempuan sebelum dia berjumpa Ian Young. Siapa yang influence dia bersikap bergini?

Kedua, pelajar-pelajar di UITM pula, mana ada orang Kafir yang belajar disana? Bolehkan kita menuduh orang kafir sekali lagi?

Memang gelajah homosexuality ini sudah manifest di Malaysia sejak beberapa tahun lalu. Ia seumpama wabak yang merbahaya.

Dari segi psychology, ada yang tidak kena dengan orang gay Melayu Islam di Malaysia. Ada yang bergitu yakin yang asal mereka kerjakan ibdah puasa dan sholat, mereka tetap Islam. Ada yang mahu menIslamkan boyfriend mat saleh mereka.

Mesti ada sumber punca wabak homosexuality ini di Malaysia. Who knows.

Kalau ke shopping centre di KL tu, shop assistant yang tidak berpelajaran tinggi pun gay....your statement yang orang yang terpelajar dan berjaya ended up being gay itu tidak berasas terus. Bukankah dengan adanya pelajaran dah agama membuat seseorang itu berfikir buruk dan baik.

My point is....janganlah kita tuduh atau membuat a bias statement tentang mat saleh yang menjadi punca anak Melayu Islam di Malaysia menjadi gay.

yanglerni said...

you mat saleh ke?

Anonymous said...

I bukan Mat Saleh. Tidak ingin pun nak jadi Mat Saleh. Saya orang Melayu Islam.

Bukan saya sokong Mat Saleh tapi dah lumrah hidup.....kita tidak mengaku salah tapi menuduh orang lain yang influence kita untuk buat salah.

Yang pentingnya sebagai orang Melayu kita harus mengakui yang memang ramai homosexual di negara kita dan kita juga harus cuba mengatasi social problem ini.

Nauzubillah. Harap keterunan kita semua tidak akan menjadi kaum mereka.

yanglerni said...

point taken...Amin...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...