Selamat Hari Raya....Maaf Zahir Batin kepada semua teman-teman yang mengenali... Semoga kita semua mendapat keberkatan pada hari yang mulia ini nanti....Amin.
Wednesday, September 1, 2010
Selamat Hari Raya AidilFitri
Selamat Hari Raya....Maaf Zahir Batin kepada semua teman-teman yang mengenali... Semoga kita semua mendapat keberkatan pada hari yang mulia ini nanti....Amin.
Monday, August 23, 2010
Al - Fatihah
Ramadan ke 11 menyaksikan pemergian saudara sepupuku di Kelantan kerahmatullah. Tanpa diduga kerana beliau saorang yang sihat tanpa ada tanda-tanda penyakit kronik, menyebabkan rasa tersentak menerima berita pemergian beliau. Kali terakhir bertemu beliau ialah pada majlis perkahwinan anak saudara kami pada bulan Disember lalu lebih kurang lapan bulan lepas. Beliau disahkan diserang Darah Tinggi (280) hingga menyebabkan beliau tidak boleh bergerak dan bercakap sewaktu baru hendak tidur, beliau dirujuk di Hospital Lati, Pasir Mas dan disahkan meninggal dunia pada pukul 2.00 pagi sebelas Ramadan bersamaan 21hb. Ogos 2010.
Idah panggilan nama beliau... pada majlis perkahwinan anak saudara kami sangat mesra dan beliau tidak henti membuat kerja dari pagi hingga kemalam tanpa menunjukkan rasa penat. Rupanya itulah tanda-tanda kemesraan terakhir yang beliau tunjukkan kepada kami menandakan beliau akan pergi buat selamanya. Ketika kami semua hendak pulang beliau menangis dan memeluk sambil berkata bilakah kita akan bertemu semula.. Rupanya itulah kali terakhir kami bertemunya. Idah tanpa diduga...aku yang lebih tua darinya...sepatutnya aku yang pergi dulu.....
Idah dalam kenangan.....kemesraan dan budi baikmu akan dikenang selamanya....semoga rohnya ditempatkan bersama orang-orang yang beriman dan dipermudahkan dalam perjalanannya ke Al-Jannah.......Al-Fatihah.
bersama-sama adik dan anak saudara ketika penyedian bungan rampai
Wednesday, June 9, 2010
Majlis Kenduri Kawin Musim Cuti Sekolah
Mula je cuti sekolah baru ni...akak mengikuti adik dan keluarganya ke Johor untuk menghadiri majlis akad nikah saudara sepupu kami yang mana adik menjadi walinya. Pada tarikh yang sama iaitu 5hb. Jun, 2010 ada beberapa majlis serupa yang kami tak dapat hadir..miss lah kami nasik minyak diorang...hehe...
Tak banyak yang nak diceritakan tapi marilah tengok gambar-gambar yang akak ambil menggunakan camera janggih akak.....N82 antik dan gambar yang diambil sesuka hati akak je...profesional sesangat
jom tengok..
bersama ciknim dan suami dan mek
di cheras majlis kenduri rumah ciknim
bersama adik dan awin...anak sedara
keron bertunang...padang rengas kk
wali menyerahkan tugas akad nikah kepada khadi
Tuesday, May 11, 2010
Jatuh - Hari ini Dalam Sejarah
Siaran ulangan lagi....sebelum ni di masukkan dalam blog Oppah
Hari ini 7hb. Mei, 2010...dalam sejarah sebaik keluar dari bilik air selepas mandi untuk bersiap-siap ke pejabat...tiba-tiba tanpa opah sedari...opah jatuh terlentang di atas simen depan pintu bilik air...bunyi seperti bom meletup, kepala opah terhempas kuat di atas simen. Opah terpinga-pinga, tidak boleh menggerakkan badan..cuba bangun tapi terhempas semula. Opah mula rasa panik... "Ya Allah ya Tuhan ku...berakhirkah aku kali ini?". Dengan ingatan itu opah terus berusaha untuk bangun walaupun dengan kesakitan teramat sangat..terhuyung hayang menuju ke bilik.
Dalam kesakitan opah terus bersiap untuk ke klinik. Opah memamag tidak boleh bekerja hari ini. Doktor mengesahkan hentakan dikepala tidak serius..Alhamdulillah.. tapi mengingatkan opah jika ada rasa loya dan pening agar segera ke hospital.

Dalam bilik opah duduk bersandar..benjolan besar dikepala berdenyut-denyut. Opah terus membaca ayatul kursi tiga kali. Bimbang terkena angin ahmar...dalam usia seperti opah macam-macam perkara boleh berlaku...semoga dijauhi Allah. Amin.
Dalam kesakitan opah terus bersiap untuk ke klinik. Opah memamag tidak boleh bekerja hari ini. Doktor mengesahkan hentakan dikepala tidak serius..Alhamdulillah.. tapi mengingatkan opah jika ada rasa loya dan pening agar segera ke hospital.
Hari ini dalam sejarah...satu pengalaman ngeri.
Monday, May 3, 2010
Tiga Tahun Pemergian Bonda Kami...hari ini
Hari ini 3hb. Mei, 2010 genaplah tiga tahun pemergian bonda tercinta kami ke Rahmatullah. Hajah Zainab bt Megat Fadzil. Setiap hari pemergian bonda dirindui..tidak seharipun kami lupa. Al-Fatihah untuk bonda tercinta.
Semoga perjalanan bonda dipermudahkan dalam menuju ke Al-Jannah.
Amin Amin Ya Rabbal Alamin.
Sunday, May 2, 2010
Friday, April 30, 2010
Berjumpa Siti
Dua hari lepas (Rabu/28.4.2010) Siti telefon nak ajak makan tengah hari bersama dengan adik-adik tingkat 5(Cik Sue ngan Fazilah). Eh...Siti ni turun KL tak bagi tahu langsang. Rupanya dia datang untuk clear incometax nya. Turunpun sarije. Jadi aritu kami seperti biasa tiap kali jumpa mesti Siti belanja makan...semoga Siti sentiasa dimurahkan rezekinya. Kali ni kami makan di Secret Recipe.
Hilanglah rasa rindu pada Siti buat seketika...mungkin akan menyusuli Siti ke kampung halamannya buat ketika ini di Terengganu.
Sekian...hehehe...
Hilanglah rasa rindu pada Siti buat seketika...mungkin akan menyusuli Siti ke kampung halamannya buat ketika ini di Terengganu.
Sekian...hehehe...
Subscribe to:
Posts (Atom)