Wednesday, February 27, 2008
Mari Mengundi...
Marilah mari pergi mengundi, jangan lupa kewajipan pada negara...
Meh kita ngundi..
8hb. Mac, 2008
Jangan Lupo..
And jangan tak gi ngundi...rugi
Tuesday, February 26, 2008
Rumah Kampung Yang Cantik..
(Tangkap gambar ikut suka ati..herut...hehe...ok lah)
Gambar lukisan di atas telah diambil dari rumah tempat ku menyewa terdahulu. Lukisan itu telah ditinggalkan oleh housemate lama sewaktu beliau meninggalkan rumah itu terdahulu. (Ita, Kakwan ambil lukisan tu sebab sayang untuk ditinggalkan - kalau terbaca blog ni dan ingin mengambilnya semula silalah telefon Kakwan pada No. Hp yang sama).
Apa yang nak diceritakan adalah mengenai lukisan tu yang banyak membawa kenangan sewaktu silam. Keadaan dan reka bentuk rumah yang telah tiada lagi walaupun di kampung waktu kini. Suasana disekeliling rumah yang mengingatkan ku di zaman kanak-kanak (walaupun gambar tu kuambil sambil lewa, tapi masih dapat dilihat keindahannya..hehe) Barangkali kebanyakan bloggers tidak pernah dapat melihatnya secara live...sebab dah pupus..(hehe) tetapi itu lah suasana dan keadaan rumah dizaman lampau.
Gambar-gambar yang tergantung indah didalam bilik ku menjadi tatapan setiap hari tanpa jemu....cantik...siapakah pelukisnya? tungu dan lihat...
Friday, February 15, 2008
Thursday, February 14, 2008
Nostalgia silam - Zainaldin Zainal
Siang tadi buat pertama kalinya saya mendengar radio WanitaFM 88.1 dan berpeluang mendengar kembali celoteh dj Zainaldin Zainal yang suatu ketika dulu begitu popular sekitar tahun 80an dan 90an. Zainaldin adalah dj pertama Malaysia yang memulakan cara penyampai dj bersahaja yang kini diikuti oleh semua dj di Malaysia yang berlumba-lumba menyaingi antara satu sama lain.
Petang tadi Zainaldin Zainal menemuramah Datin Suliza Salam, cara celotehannya masih sama dan suaranya masih seperti dulu jugak...hehe masih sedap didengar tak lah berubah ketara sangat. Dulu masa dia masih bertugas di RMIK setiap pagi saya hanya akan mendengar celotehannya saja. Setiap pagi ada saja cerita lucu yang diperdengarkan sampaikan kita pendengar akan tersenyum simpul mendengarnya hehehe..begita lah Zainaldin Zainal.
So Zainaldin Zainal adalah dj evergreen yang masih digemari. 88.1 akan menjadi stesen pilihan seangkatan dengannya. Teruskan Zainaldin Zainal. Suaramu masih diminati.
Tuesday, February 12, 2008
Malaysia Tanah Air Ku
Malaysia tanah Melayu tanah airku, pusaka tinggalan nenek moyangku....tanah tempat tumpah darahku, negeri elok amat ku cinta, yang ku puja sepanjang masa.
So...sempena pilihanraya yang hampir menjelma...pilihlah calon yang bakal mengangkat Malaysia sebagai negara yang aman dan damai yang menghormati kaum asal memerintah, kaum peribumi dan juga kaum yang telah memilih Malaysia sebagai negaranya.
Malaysia Berjaya!!!
Wednesday, February 6, 2008
Gong Xi Fa Chai
Gong Xi Fa Chai pada semua yang menyambut chinese New Year....yahh...saya juga semua yang ada di Malaysia pun tumpang sekaki...balik kampung maa...haiya manyak happy lor...semua boleh makan free oren... toce toce toce
Send this eCard !
Happy Rat Year....
Send this eCard !
Happy Rat Year....
Sunday, February 3, 2008
UFO at The Eye of Malaysia - Taman Tasek Titiwangsa
12th January 2008 - Time : 4.48pm - satu minit selepas gambar pertama diambil
12th january 2008 - time : 4.47pm - gambar yang diambil satu minit sebelum
12hb Januari 2008 saya, abang dan keluarganya bercadang untuk menaiki Buaian di Taman Tasek Titiwangsa (Eye of Malaysia). Tak terfikir pulak berpeluang melihat piring terbang...erm... walaupun setelah dua mingga baru disedari kehadirannya dalam kamera hp.. tampak ada kelainan dalam gambar anak buah yang diambil, bila di zoom in...jelas gambaran pudar seperti piring terbang bersebelahan buaian Eye of Malaysia.
..UFO? rasa macam tak percaya tapi dalam masa 1 second sahaja jarak gambar pertama dan kedua membuatkan aku terfikir bahawa ape yang kulihat memang UFO. Terpulanglah kepada yang ingin mempercayai atau pun tidak tapi itulah satu perkara ajaib yang telah terjadi pada 12hb Januari 2008 dalam sejarah hidupku...walaupun sebelum ini ketika aku masih kanak-kanak aku dan kawanku pernah terserempak dengan....tapi itu ceita lain yang takde kena mengena dengan UFO ini.
Untuk mengikuti kisah UFO sila lawati http://www.ufo.net/
Saturday, February 2, 2008
Friday, February 1, 2008
Rindunya....
Selepas sebulan tinggal ditempat baru, barulah aku berpeluang untuk mengambil semula kucing-kucing kesayangan yang kutinggalkan dikediaman lama. Pertolongan dari abang dan kakak iparku terpaksa kupinta untuk menempatkan mereka dirumah abangku di Ipoh memandangkan tempat tinggalku tidak dibenarkan memelihara kucing atau sebarang haiwan. Operasi mencari mereka kami lakukan diwaktu malam. Agak susah jugak untuk memanggil kucing-kucing tu sebab mereka dah merasa ditinggalkan. Makanan dan sangkar untuk meletakkan mereka telah tersedia.
Dipendekkan cerita dapatlah juga kami menangkap mereka dengan memberi umpan makanan. Kesian...sebulan ditinggalkan mereka semua dah kurus..umpan makanan yang disediakan dimakan dengan rakus kerana lapar. Tiga ekor ibu kucing bersama empat ekor anak kucing dibawa pulang oleh abangku ke Ipoh...saekor lagi ibu kucing terpaksa aku tinggalkan kerana dua hari mencari tetapi kelibatnya tidak kelihatan. Semoga dia selamat.
Di Ipoh aku menyediakan sangkar tiga tingkat untuk mereka menyesuaikan diri sebelum mereka boleh dibiarkan bebas. Aku akan menanggung semua perbelanjaan makanan mereka - itu janjiku pada abangku.
Nanau, timi, tayam dan anak-anak mereka kini mulai menyesuaikan diri ditermpat baru. Tak sabar rasa untuk aku menemui mereka semula. Rindunya pada kucing-kucingku yang manja dan pandai itu.
Subscribe to:
Posts (Atom)