Lip-lap lip-lap dah seminggu berlalu dan cuti pun dah habis. Tapi dalam seminggu tu dapatlah melawat semua sanak sedara yang patut dilawati. Pakcik yang sakit tu ada perubahan tapi masih dalam koma, tak sedar dan sukar untuk bernafas tanpa bantuan. Sebak rasa dada melihat beliau dalam keadaan begitu, semoga Wak beransur sembuh...Amin.
Dalam seminggu cuti, sempat melawat Wak di Johor dan juga Makcik di Kedah..seronok rasa dapat berkumpul dengan sanak saudara..terasa terubat kerinduan.
Bila bersama macam-macam kami lakukan...semua adik beradik berkumpul dikampung dan buat makan-makan macam kenduri-kendara ...riuh rendah..happy sangat.
menebas semak
dahan melor yang kami biarkan ditepi bilik air tiba-tiba mengeluarkan bunga dan bau yang harum...eiii seramnya..kami tak guna bilik air dapur ni sebab takut...hehe..sempat lagi tu..
balik kampung naik bas..konon ala-ala ada tv kat semua seat tapi haram...semua tak boleh pakai
nyaman rasa tengok pokok kat kampung ni
Bila time nak balik tu rasa sedih pulak..terpaksa meninggalkan kakak dikampung. Tapi kami semua bergumbira...hehe..dapat berkumpul sekali sekala. Moga kami akan dapat bersama seperti ini lagi.