Saturday, August 4, 2007

Tabah

Tadi masa membaca kisah Zulrushdi yang ditulis Kassim Selamat, membuatkan aku mencari blognya untuk mengikuti ceritanya dengan lebih detail. Betullah seperti yang diceritakan Kassim Selamat.. amat meruntum jiwa.



Apa yang mengharukan adalah semangatnya yang tidak pernah luntur untuk menemui penawar kepada penyakitnya hingga ke akhir hayatnya, juga kasih sayang yang diterima dari keluarga dan teman-teman yang menceriakan kehidupannya yang singkat. Raut wajahnya tidak sedikit pun menunjukkan penderitaan yang ditanggung. Sesungguhnya Allah mengujinya dan dia menerimanya dengan tabah.


Bayangkan ketabahan beliau yang menghitung hari-hari akhirnya. Beliau sempat bertaubat dan beramal dan juga sempat berumrah yang dilakukan oleh teman setianya.


Dari Allah kita kemari dan kepada Allah juga kita kembali. Al-fatihah buat saudara Zulrushdi yang kukenali hari ini semuga Allah menempatkan beliau ditempat yang mulia disisiNya dan ditempatkan ke Al-Jannah yang kekal abadi....Amin.


Sedihnya....taksedar air mata mengalir.

6 comments:

arsaili said...

salam, betul..sy baca blog arwah zul, jatuh juga air mata..thats d true feeling of org menghadapi mati..macam mana perasaan yg tahu diri akan meninggal dunia yg fana..sungguh menginsafkan. Terkilan tak jumpa blog tu earlier..bole juga lawat. Blog KS pun menyedihkan...this is d fact of life..

yanglerni said...

arsaili...mmg sedih berulangkali saya membacanya.

semuga kita diberi keinsafan bahawa kehidupan ini tidak kekal dan bersyukur dgn kesempurnaan yg diberi Allah.

arsaili said...

sy pun..macam addicted plak..dah baca blog yg abg arwah tulis?..ada sedikit entries
http://rememberjoe.blogspot.com

yanglerni said...

suke baca blog arwah...sampai dah rasa sayang pada keluarganya juga pada "dia" yang setia..so if ade more stories from his brother's side...sure nak baca

tq for telling

mki said...

Salam sejahtera,

Tersinggah dan semoga diberkati Allah.

yanglerni said...

salam sejahtera mki...terima kasih datang rumah saya ni...semuga diberkati Allah...Amin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...